Wednesday, September 18, 2013

3 Hari di Kampung Anis

assalamualaikum :)

pada suatu hari yang hening,
anis telah mengajak saya balik kampung barunya berserta rumah barunya di Kg. Permatang Raja, Perak. sebelum ni rumahnya di Kampung Kota, Beruas, Perak. 

dalam perjalanan ke rumah anis saya boleh jamu mata dengan dapat melihat UTP (Universiti Teknologi Petronas) dan UiTM Sri Iskandar. lepas tu.................... melalui jalan kelapa sawit.

sesungguhnye jalan untuk ke rumah anis yang hampir 2 jam itu mencabar dan berliku liku dengan kelapa sawitnya. ditambah pula dengan suasana jalan yang lenggang dan agak suram.  

skill memandu anis diuji dengan perjalanan yang agak pancaroba (hiperbola betul). saya di sebelahnya makin lama makin mengantuk. pastu.. zzzzz... eh, takla sampai tidur. tapi serius mengantuk gila wei.

saya gembira dapat spend weekend dan cuti Hari Malaysia selama 3 hari kat rumah anis.
sebab rumah dia cantik, toilet bersih, tilam yang empuk dan banyak makanan. ha3... 3 hari saya duduk situ memang terlebih kenyang. sepanjang masa makan. saya datang datang je mak anis bagi makan pelbagai kuih dan nasi. lepas tu malam dapat makan pulak.

pastu the next day, awal awal pagi lagi pukul 7.30 temankan anis, mak anis (saya panggil Mak Cik) dan Wahidah (adik anis) pergi pasar beli lauk dan sayur untuk masak. kemudian saya keluar pergi bandar Manjung dan singgah Giant. macam macam mall ada kat Manjung. selain Giant ada Tesco dan Aeon. 

kemudian, balik dari Manjung saya pergi rumah Mak Ngah dan Mak Chu anis bertentang mata sebab rumah anis depan rumah mereka. sebelum ni dah pernah pergi rumah mereka. sekali lagi saya dapat makan bubur jagung dan nasi lemak. sedap sedap. best gila.. pastu makcik buat cucur bawang. saya makan banyak sedap sedap!! thanks makcik~ hee. anis telah buatkan saya air hijau mirinda (bantai je nama air sebab taktahu). sedap sungguh!! 

lepas tu pulak saya dengan keluarga anis pergi rumah mak ngah sebab ada masak masak untuk di hantar ke surau sempena sepupu anis nak pergi melanjutkan pelajaran. ha, makan lagi. esok paginya sebelum balik Ipoh mak cik buatkan kuih lopes dengan masak nasi pelbagai lauk. mak ngah anis pulak bagi roti jala. sedap sedap!! heaven betul.

terima kasih anis sebab bagi aku tidur atas katil ko yang empuk! malam tu saya tidur dengan anis setelah hampir 4 bulan kami lain bilik memandangkan pindah rumah sewa baru.. 

hee saya sebagai pencinta makanan berasa gembira kerana sepanjang weekend dapat makan makanan yang sedap sedap secara gratissss!

terima kasih kepada keluarga anis.