Thursday, May 31, 2012

Di Khianat

Err melampau ke tajuk?

Korang pernah atau selalu beli secara online barang barang?

first time saya cuba beli beg kat fb ni, memang gila nice tengok kat gambar wooo
saya dengan rasa tak sabar, lagi lagi ada duit kan, beli lah kat fb. sampai je kat tangan saya, err saya order dua beg, tapi 1 beg je sampai, saya coling coling orang yang bertanggungjawab tuh, dia kata 1 lagi dah rosak, suh tukar yang lain, saya pun pilih la yang lain, dalam beberapa hari sampai la kat tangan saya.

ha first beg tidak memberi kepuasan langsung! sebab saya expect beg uh besar, tak sangka kecil molek je -.- , tapi cantik, nasib kau cantik.

second beg tu pulak, kebesaran dia memuaskan sebab pengajaran dari beg yang pertama. tetapi ! sangat mengecewakan ada scratch sikit kat bag. saya bagitahulah owner shop tuh. pastu saya cek kat gambar kat fb, ha memang nampak sikit scratch demnn! owner tuh cakap 'kamu dah nampak, saya tak boleh buat pape'.

korang rasa service ni bagus ke???

even kat mydin pun customer boleh return bag, reason dia ' anak saya tak suka bag ni '.
pehh saya lebih percaya kat mydin! bhaha.

saya tak nak beli dah kat blog@fb. menyampah saya, nak bagitahu nama dia tak sanggup pulak, sebab ramai la jugak customer dia, hmm aku harap lah ko betobat. keh3.

kesimpulannya : berhati hati ketika beli secara online, cek 1 persatu detail dia. jangan jadi cam saya :P

tak pun, nak selamat, pakai beg kertas ni je kan. ha3.



Saturday, May 26, 2012

Hurrrrrraaaaaaayyyy!!!


consider it done!!!
DONE!!! yeah!! Im Done!!!
walaupun  multicultural counselling cam susah tadi...tapi saya happy...
ALHAMDULILLAH...

Monday, May 21, 2012

Flu Final Exam :(

Flu.
Exams.
Unfinished laundry.
Annoying demos.
Detached bracket.
Poor acts.
Hungry.


"rabbi yassir wala tuasir"- Allah ease it out, and don't make it hard.


Thursday, May 17, 2012

Fesyen tudung sekarang

assalamualaikum :)

hari ni khamis. i’m fasting today. ganti and sunat. end of this week saya start final exam. rasa cuak sangat. hope dapat tempuh exam nanti dengan baik. amin3, ya robb.. 

hari ni rasa nak story pasal fesyen tudung sekarang. fesyen tudung memang hangat la sekarang. almaklumlah, dunia fesyen dah maju, maka nya tidak la semua orang mahu ketinggalan kan? 

tapi, kebanyakan fesyen tudung muslimah sekarang sudah mulai menyerupai pakaian 'Rahib Kristian'. tudung yang dipakai boleh menampakkan susuk leher(leher dibalut tudung atau shawl), tidak menutupi bahagian dada dengan sempurna.



  • Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia dikira termasuk ke dalam golongan itu. (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dari Ibnu Umar r.a)
  • Bukanlah daripada golongan kami (umat Islam) siapa yang menyerupai (meniru) selain daripada (cara hidup) kami. Jangan kamu menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian). (Riwayat Tirmidzi)

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

nak ke berpakaian demikian untuk tergolong dari golongan yang dilaknat Allah? nauzubillah. sama sama lah kita saling ingat mengingat dan majukan dunia Islam kita.



Tuesday, May 15, 2012

Kerana Wanita Begitu Berharga


Assalamualaikum w.b.t.



[1] Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.


[2] Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.


[3] Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.


[4] Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.


[5] Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.


[6] Haram jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.


Sumber : Ustaz Azhar Idrus

Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Ibu

assalamualaikum :)

rasanya tak sah kalau tak ada buat entry pasal ibu. pada saya setiap hari adalah hari ibu. memang besar pengorbanan seorang ibu untuk membesar dan mendidik anak anak supaya menjadi orang berguna.


begitu juga pada ibu saya yang selalu saya panggil "MAK" and kadang-kadang panggil ‘MOM’. ‘mom, nak duit’. ‘mom, jom pergi pasar malam.’ ‘mom, keluar mom’. mak saya akan cakap nanti nak cop duit dulu. hik3.. 

saya paling rapat dengan mak saya. selalu keluar dengan mak. kadang-kadang mak ajak pergi jalan-jalan bila tengok saya ulang alik dari dapur ke ruang tamu, dari bilik mak ayah ke bilik saya, dari luar rumah naik rumah balik, lepas tu tengok saya buli adik saya yang ketiga and keempat. ahaks! *bosan la tu. 

saya tahu mak saya banyak bersusah payah, berpenat lelah untuk melahirkan, membesar dan mendidik saya dan adik beradik saya yang lain supaya jadi orang yang berguna dan berjaya. takkan ada ibu di dunia ni nak anak anak dia jadi orang yang tak berguna kan. saya bersyukur berada dalam family saya yang sederhana dan bahagia. terima kasih mak sebab melahirkan anakmu ini ke dunia ini. melihat betapa indahnya ciptaan Tuhan dan mengerti erti kehidupan.

tanpa mak saya. saya tak akan dilahirkan di dunia ini. saya tahu saya banyak menyusahkan mak saya dan membuat mak saya risau. mungkin mak saya ada rasa kecewa dengan perangai saya yang sedar dan tanpa sedar saya telah buat. maaf mak. :(


kadang-kadang saya kena marah dengan bebel dengan mak tapi saya anggap yang mak sayang saya. mak mana yang tak marahkan kalau anak dia degil tak dengar cakapkan. saya la tu. saya tahu saya agak keras kepala, degil dan pemalas la jugak. it doesn't mean that i'm a very lazy girl and don't do anything ok! saya buat der. tapi bila dah datang kemalasan tu saya jadi pemalas. he :D maaf mak, in sha Allah anakmu ini cuba memperbaiki diri untuk jadi yang lebih baik


Puisi untuk MAK :


Ibu...
adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa

Ibu...
adalah wanita yang selalu menjaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam

Ibu...
adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian

Ibu...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keredhoan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kelelahan kerana aku

Aku yang selalu menyusahkanmu
aku yang selalu mengabai perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu

Ibu...
engkau menangis kerana aku
engkau sedih kerana aku
engkau menderita kerana aku
engkau kurus kerana aku
engkau korbankan segalanya untuk aku

Ibu...
jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam surga

Ibu...
hanya doa yang mampu kupersembahkan untukmu
kerana jasamu
tiada terbalas

Hanya tangisku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu

Ibu..., I LOVE YOU SO MUCH
juga kepada Ayah...!!!

terima kasih mak.. tiada apa lagi yang mampu saya ucapkan selain terima kasih dan saya bersyukur sangat sangat sebab saya mempunyai seorang mak yang prihatin dan penyayang dan cantik. he.. 

sayang mak sangat-sangat. oh, saya ada belikan mak saya hp nokia. murah je. saya ada tempahkan jugak beg letak hp untuk mak saya. cute miut woo. colournya pink+merah. jadi la kan dari tak ada. hari ini tak dapat bagi sebab saya duduk jauh dari mak saya. 2 minggu lagi boleh la saya bagi. itu je yang mampu sebab saya tak kerja. kalau dah kerja dapat gaji nanti boleh la saya belikan apa apa untuk mak dan ayah saya. :D oh2 lupa nak mention adik-adik saya. untuk dorang jugak la nanti. he.

ok la. itu saja. oh last sekali. SELAMAT HARI IBU untuk semua ibu di dunia. semoga mak panjang umor dan di murahkan rezeki. semoga mak dilindungi dan diberkati oleh Allah swt selalu. amin. ok la. babai. as salam.


Forgiveness


assalamualaikum :)

hi readers.
tanpa membuang masa lagi, sila dengar pengakuan ikhlas dari hati kecil saya.

saya dengan rendah hati, ingin memohon maaf atas semua kesalahan, buruk sangka, umpatan, atau kecil hati yang tak semena-mena, tipu-tipu sunat, kemasaman muka tanpa sebab, kemarahan tak tentu, menyusahkan kamu dan semua perkara yang dirasakan salah di mata anda semua. Yes, anda yang tengah membaca ni. Yes, you.

maaf juga sebab telah meminta maaf dengan cara macam ini. =)

juga hari ni malam ni, saya dengan rendah hati memaafkan semua kesalahan manusia, dan (binatang kalau ada) yang saya kenal, atau tak kenal, yang saya tahu kesalahan kamu atau tak, yang kamu umpatkan saya atau tak, yang kamu sengaja atau tak, dengan niat jahat atau baik, pada bila-bila masa, atas apa jua keadaan.

entry ini adalah salah satu kesan daripada keterharuan diri sendiri bila mengingatkan tentang kata-kata Cik Oprah, yang berkata:

memaafkan seseorang bukan bermaksud anda boleh menerima perbuatan mereka dahulu, tetapi hanya sekadar untuk melupakan ungkapan ‘Dahulu, dia seharusnya melakukan ini, instead of itu’.

jadi sekali lagi, maafkan saya.

terima kasih Cik Oprah.

Friday, May 11, 2012

Belajar Sayang Diri


“I must learn to love the fool in me the one who feels too much, talks too much, takes too many chances, wins sometimes and loses often, lacks self-control, loves and hates, hurts and gets hurt, promises and breaks promises, laughs and cries”
 - Theodore Isaac Rubin.

· sayang diri sendiri. tu je yang nak disampaikan melalui quote kat atas
·  atau boleh kita katakan, menerima diri sendiri itu baik supaya kita melihat dunia dengan perspektif yang lebih baik
·  menurut apa yang saya faham dari quote ni, manusia tak ada yang sempurna
·  semua manusia sama, ada kelebihan ada kekurangan
·  dan kita tak patut down kan diri sendiri
·  saya mengaku saya ni emosional jgk, suka down kan diri, saya rasa dah masa saya berubah
·  sebab dah sampai satu tahap kita kena berfikir secara matang dan berpandangan jauh
·  saya cuba, ya cuba untuk senyum selagi mampu
·  dan belajar ada perkara yang kita kena ikut seperti yang telah ditentukan
·  i'm putting my efforts to change here, to be a better person insyaAllah
·  dan saya terima nasihat dengan terbuka, take challenges, dan terima kekalahan atau kejatuhan
·  tak setiap masa kita boleh atau mampu berada di atas, teringat satu ayat "You wanna be on top???"



Tuhan maha Adil, telah dijadikan kita ni semua ada potensi masing masing. TIPU lah kalau kita kata kita tak ada apa yang nak diketengahkan, kita tak ada apa yang special atau hebat, atau kita tak setanding orang sekeliling kita.

ada seseorg yang cakap tapi tak ingat dah sapa-sampai bila kita nak takut dengan apa orang kata???? bila lagi kita nak tunjuk potensi diri??? dan jangan mudah down dengan apa orang kata atau apa mereka akan kata.
selalu je saya rasa macam tu, tapi sampai bila kita nak maju kalau macam tu kan kan? ohhh sorry emosi tidak stabil seketika. hi3. as slm.




Wednesday, May 9, 2012

13 perkara yang mendatangkan rezeki:


13 perkara yang mendatangkan rezeki:

1. Taqwa
2. Tawakal
3. Solat
4. Doa
5. Dakwah
6. Taklim
7. Baca Al Qur’an
8. Zikir
9. Istighfar
10. Silaturrahim
11. Sedekah
12. Nikah
13. Kerja

p/s: agaknya dalam banyak-banyak ni, berapalah saja yang kita dah buat betul-betul...hmm..

COOLNESS


So i’m single
With no intentions
Of looking out for a guy.
This time, i’m letting him find me.

Pemilik rusuk


assalamualaikum w.b.t

ada seorang kenalan mengadu, dia kecewa yang teramat disebabkan seorang lelaki. hmm.. saya mengerti perasaan dia, tapi saya tak tahu nak kata apa. pakar cinta itu bukan saya =.=" maka saya ringkaskan apa yang saya rasakan sesuai untuk situasi dia sekarang ni..huhu.. harap dia faham.



btw, terjumpa quote ini di status seorang sahabat di facebook. namanya Azlan. tak pasti dari mana sumber sebenar. kepada pemilik quote, maaf ya, pinjam tak minta izin. he. quote awak best sangat ^_^


Tuesday, May 8, 2012

My beginning of the Blogging World

nama penuh saya nur shazira bt mohd noor. boleh panggil azi.

sekarang umur saya dah nak masuk 22 tahun.

saya dilahirkan pada bulan 7

0h alhamdulillah saya dapat melihat dunia ini yang indah kan…

saya ada 4 beradik. em, saya pertama… saya, adik lelaki pertama, adik lelaki kedua, adik lelaki ketiga.

ibu- bapa saya tentu la orang yang paling saya sayang. tanpa mereka siapa la saya kan. terima kasih mak, ayah..:) 

saya punya matlamat hidup.. tapi biarlah rahsia kan. tak kan semua benda kita kena cerita kan??
hohoho.

so this would be my beginning of the blogging world.