Monday, December 31, 2012

Doa untuk peperiksaan


assalamualaikum :)

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN 

DOA PENERANG HATI , 

... "Ya Allah jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang apabila memandang bahan bacaan dengan sekali pandangan mereka sudah menghafal kandungan dalamnya , memahaminya , mengamalkannya dan menyampaikannya.

Ya Allah sesungguhnya aku menyimpankan kepadaMu apa-apa yang telah Kau ajarkan kepadaku maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya dan janganlah Engkau melupakan daku akannya wahai Tuhan sekalian alam ."

Amalkan doa ini 3 kali sebelum mula belajar ketika selepas solat,

Tips : Jaga solat 5 waktu, hormat ibubapa dan guru serta menjaga pandangan dan elakkan daripada dosa dan maksiat. Imam As-Syafie r.a pernah mengadu kepada gurunya iaitu Imam Waqi' akan lemah hafalannya. Maka Imam Waqi' menasihatkan beliau supaya meninggalkan dosa , kerana ilmu adalah cahaya Ilahi dan cahaya Ilahi tidak akan diberikan kepada pelaku maksiat.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN DIS 2012 AND JAN 2013 .

Monday, November 19, 2012

‎==Jagalah dirimu baik-baik==


Sahabat zaman memang sudah berubah
Ramai anak muda pintar tapi pintarnya kebabasan
Tidak lagi tahu mana yg harus di jaga
Sebagai anak muda baik lelaki maupun wanita hendaklah
Menjaga harga dirinya serta kehormatannya..

Jangan kau rosak dirimu
Jangan kau rosak martabat keluargamu
Selalulah mengingat..
Ingat wajahnya yang mencintai kita..
Ingat wajahnya yang menyayangi kita..
Ingat wajahnya ketika tersenyum kepada kita..
Ingat wajahnya ketika mendoakan kita..
Ketika mencium kening kita..
Ketika menangis disaat kita terluka..
Ketika dia berharap akan kesuksesan kita..
Dia yang benar-benar menyayangi kita..
Iaitu orang tua kita..
Ingatlah malaikat yang senantiasa

Mencatat setiap perbuatan kita..
Ingatlah Allah yg maha benar setiap janjinya..

nescaya kita akan lebih waspada menjalani kehidupan
di era akhir zaman ini..

Wednesday, November 14, 2012

Solat Tahajjud

assalamualaikum :)


sedikit pengkongsian yang saya ambil daripada google . semoga ianya bermanafaat untuk semua. in sha Allah.


Solat tahajjud ini biasanya dilakukan pada pertengahan malam selepas bangkit dari tidur atau sepertiga malam walaupun selepas tidur sekejap. Bermula waktunya selepas solat isyak sehinggalah datang waktu subuh. Solat ini tidak mempunyai bilangan rakaar yang tertentu, paling sedikit 2 rakaat dan yang paling banyak tidak terhad.

 Lafaz dan niat untuk solat Tahajjud ialah:
1.Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini lillahi ta’ala
Ertinya:”Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah ta’ala”
2. Bacaan surah atau ayat Al-Quran selepas Al-Fatihah: Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (seeloknya 7 kali) Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (seeloknya 11 kali)
3. Lakukanlah dua rakaat seperti sembahyang sunat yang lain, cuma selepas membaca tasbih biasa ketika sujud kedua pada rakaat terakhir, bacalah doa berikut:
Rabbid khalniimud khala sidqin wa-akhrijnii mukhraja sidqin waj’allii mil ladunka sultaanaan nasiiraa.
Ertunya: ” Tuhanku! masukkanlah aku kedalam pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran dan kurniakanlah kepadaku daripadaMu pembantu”
4. Lakukan sembahyang sunat tahajjud ini mengikut kemampuan. Kalau terlalu mengantuk maka eloklah dipendekkan sahaja.
5. Selepas selesai mengerjakan sembahyang Tahajjud maka bacalah doa sepertimana yang pernah dibaca oleh Rasulullah saw ini:
Allahummaj’al fii qalbii nuuran wafii lisaanii nuuran waj’al fii sam’ii nuuran waj’al fii basori nuuran waj’al fii khalqii nuuran wamin amaamii nuuran waj’al min fauqi nuuran waa man tahtii nuuraa. Allahumma a’tinii nuuraa.
Ertinya: Ya Allah! Jadikanlah didalam hatiku cahaya yang cemerlang, pada lidahku cahaya yang cemerlang dan jadikan pada pendengaranku cahaya yang cemerlang serta jadikan pada penglihatanku cahaya yang cemerlang jadikan dibelakangku cahaya yang cemerlang dan dihadapanku cahaya yang cemerlang dan dari bawahku cahaya yang cemerlnag. Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku cahaya yang cemerlang!”
Kelebihan Solat Tahajjud :

    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    1. Doa dimakbulkan Allah.
    1. Memperolehi ketenangan jiwa.
    1. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    1. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    1. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    1. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    1. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    1. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    1. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    1. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    1. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    1. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    1. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    1. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    1. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    1. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    1. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.


Tuesday, November 6, 2012

# Motivasi 1

assalamualaikum :)



tidak ada orang yang berjaya mula dari atas, mereka semua mula dari bawah.. Bill Gates dulu pernah gagal, exam dulu pun tak bagus result nya, sekarang dia lah paling hebat di antara kawan kawannya yang dulu dapat pointer tinggi.. Shah Rukh Khan dulu berlakon bermula dengan jadi pelakon tambahan, siap berlakon jadi watak gila lagi, sekarang jadi HERO dan the king of Bollywood.. KFC pulak dulu tak femes pun, dulu jual tepi tepi jalan promote. sekarang, siap ada francais di seluruh dunia.

Sultan Muhammad al Fateh dulu, pernah gagal.. ramai tentera2 laut mati syahid, terpaksa beliau berkejar ke sana, & kerana ramai yang mati syahid, mereka gagal.. selepas brfikir out of the box, kapal berlayar di darat, baru mereka berjaya..


begitulah juga kita, manusia biasa.. KENA dan PASTI mula dari BAWAH.. jika kita mula dari bawah, dan BERUSAHA, KEJAYAAN pasti menjadi milik kita suatu hari nanti!



steady and ready yourself to make the BEST for our UMMAH!

Monday, September 17, 2012

Ehem ehem

assalamualaikum :)


kepada ehem ehem, terima kasih sebab bagi benda ni. cute sangat.. tapi berkawan lebih baik untuk kita dua.  

andai awak baca entry ni, saya memohon maaf. in sha Allah awak akan kenal perempuan yang lebih baik dari saya. 

sesungguhnya Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji, perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik, Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri, maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki !!! ~~  

Monday, July 30, 2012

Ramadan ke 10


alhamdulillah!!!

pagi tadi sahur dengan roti !! sedaaaapp.. plus soya!! hi3..

malam nih berbuka dengan my 
dearest friendsssss!!!

cant wait tau!!!

lepas tu tarawih ramai ramai !! heee...

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan 2012

assalamualaikum :)

huu... ramadhan datang lagi. sangat best bulan posa ni. sonok sangat diberikan peluang lagi untuk berpuasa pada tahun ni. alhamdulillah...

this year, ramadhan sekali lagi sebagai student dan bukan di rumah. macam tahun lepas. sedih.. tapi tak leh la sedih sangat ye dak?? alhamdulillah sangat sebab di panjangkan umur oleh NYA untuk berpuasa. yeah.. puasa kat ipoh. so, mesti la tahun ni puasa  kat ipoh. a’a kan bukan rumah... 3, 4 hari nak raya baru balik kampung. uwaaa.. sabar  jela.... student katakan.

so far nak masuk hari kedua posa ni semua nya berjalan lancar. alhamdulillah..  tarawih pun best. tarawih pertama kat masjid besar manjoi.. both of us *azi and anis* pergi dengan semangat sekali tau! memang rindu sangat nak terawih. setahun sekali je...

and tarawih kedua semalam kat masjid yang sama juga. berbuka kat rumah sewa dengan geng2 rumah!!! sedih .. teringat rumah... huu...

takpe la.. to me,  jangan la sedih selalu naaa... dah besar dah.. heeee..
ok la. petang ni bebuka kat rumah sewa jugak. dengan my kawan... sebab lepas tu nk terawih lagi!!!!

Birthday ke 22 - Age| My Misi


age. age. age. i have pimples now. hu3.

saya sudah besar. 22 umur ku. well, hari ini la. 22 july. happy birthday azi.. tq kepada anis, k.jamilah, jannah, lin dan isha sebab terjah bilik saya tengah malam tadi wish birthday. terkezut teman.. takut  kot kot deme tu baling tepung dangan telur macam tahun lepas.  tq sangat sangat atas ucapan korang semua. cayang korang yang ucuk ucuk. kalau tahun lepas kena baling tepung dengan telur. nasib baik la tahun ni tarikh lahir saya jatuh dalam bulan posa.. yela, di bulan posa ni kena baik baik, tak boleh nakal nakal. hee ~

this is my plan. hope it'll work well soon. amin...!

20-24 .do degree. and some searches for bakal suami.

24-25. tunang sebulan. kahwin. hoi honeymoon jangan lupa. apply for master in counselling in UKM or UPSI. Pilihan utama, UPSI. hope dapat. amiiiin!

25-27. do masters. send ayah and mak for hajj. kumpul anak. ahaks!

27-taktau. graduate. jadi lecturer kat mana mana. kumpul duit. bagi mak and ayah.

35-forever. Jaga suami, parents, anak. masak sedap sedap. every year, big family vacation. all in all. die.  

tq pada anis atas pemberian hadiah ni.






kepada anis : kad ucapan birthday ko bagi kat aku tahun lepas ada lagi. tahun depan nak lagi. nak ipad 3 leh? ha3. 

last, tq kepada wani, along, anis, zila, k.jamilah, jannah, lin, isha, k.ekin, fauwaz dan yang lain atas ucapan anda. semoga korang happy happy selalu. 

Sunday, July 15, 2012

15.7.2012

assalamualaikum :)
fuh. dah masuk july 2012. cepat betul.

btw, hari nih 15.7.2012. birthday my mom yang tercinta. sanah helwah mak ura..
already contact my mom wish her birthday. sangat sangat sayang my mom. mak yang banyak berkorban demi anak dia ni. semoga mak di panjangkan umor dan dimurahkan rezeki. amin3, ya robb... semoga mak bahagia soXmo  jugak. amin!!!


7 days to go.


anyway, 7 hari lagi birthday saya pulak! yeay! alhamdulillah! nak dekat 22 tahun saya hidup...  terima kasih sangat sangat kepadaNYA. 


oh ye, alang alang update ni nak cerita jugak pasal story saya jap tadi. baru jap tadi saya dengan roommate anis and my senior kak jamilah went to restaurant naina’s.. kteorang pergi sebab teringin nak makan ABC. akhirnya termakbullah hajat kteorang nak makan benda alah tu. manis betul tau!  tak mau dah, tak mau.

jom, tengok gambar kteorang..


ini saya punya


bersama k. jamilah


roommate* my bestie friend, anis


 manis sangat sampai tak habis makan

bhai, as salam.





Friday, July 6, 2012

laki lagi macho kalau g solat jumaat dgn berjubah, serban, kopiah, berbaju melayu!! :D

salam jumaat sume :D


Wednesday, July 4, 2012



La bukan susah pun nk solatkan... jom tunaikan solat diawal waktu :)

Monday, July 2, 2012


Tidaklah Allah menangguhkan sesuatu perkara kecuali utk kebaikan, tdklah Dia mengharamkan sesuatu kecuali utk kebaikan, dan tdklah Dia timpakan ke atasmu kecuali dgn kebaikan... Maka jgnlah kamu brsedih, Tuhan yg baik tdk akan mmbawa kecuali kebaikan.

-Sheikh Mutawalli Sya'rawi.


Sunday, June 24, 2012

Dah Tak Lama


27 hari lagi sebelum Ramadhan InsyaAllah إن شاء الله

“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan”

Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan.

Friday, June 22, 2012

Risau.. terus berdoa..


assalamualaikum :)

nak cerita pasal tajuk entry ni. sebenarnya... saya dalam keadaan yang tak stabil. tapi saya selalu positif ! and takkan biarkan perasaan risau tu terus ada dalam diri saya ni. huu... berkenaan dengan result exam sebenar nya. huu... risau sangat. mudah mudahan pointer saya meningkat. amiiiin... and of cos untuk myself. kuatkan semangat AZI! in sha Allah... semuanya akan seperti yang saya harapkan! n taaa daaaaaa..!!!

HAPPY BIRTHDAY ADIK ALIFF!!! 

hari ni 22th June 2012 !!! birthday adik bongsu saya aliff yang ke 6 ! muda lagi ni !! hi3.... ucapan dari kakak mu the one n only sister...

selamat hari lahir.. semoga adik dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. semoga adik jugak berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. semoga kita sekeluarga akan sentiasa mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa..! I LOVE YOU SSOOOOO MUCH!!!! 

nak stop dah. huu... allahummasolliala sidina Muhammad. SELAMAT HARI LAHIR MUHAMMAD ALIFF AIMAN.

Sunday, June 17, 2012

Selamat Hari Bapa

assalamualaikum :)

Selamat Hari Bapa kepada ayah saya.. 

ayah yang sangat sayangkan anak anak dia. ayah mana yang tak sayangkan anak anak dia kan. ayah yang tak boleh lihat anak anak dia baik girl or boy sedih, menangis nakkan sesuatu or sedih, menangis pasal sesuatu.. dia akan turut sedih and akan cuba bantu. huu.. 

ayah yang selalu memenuhi kehendak anak dia sorang ni daripada kecil lagi walaupun anak dia sorang ni degil *tapi degil kadang kadang je. degil bertempat la. ahaks! in sha Allah anak mu ini akan berubah ke arah yang lebih baik. ayah yang tak boleh tengok anak anak dia sakit.. terus je resah, gelisah nak bawa pergi klinik.  

dia lah ayah saya.. Mohd Noor. ayah saya Mohd Noor. ya Allah.. lindungi ayah ku di mana saja dia berada. ampunkan la segala dosa ayah ku. berilah kebahagian kepada ayah ku. dan kabulkanlah doa ayah ku ya Allah.. amin3, ya robb..

saya sayang ayah. saya bersyukur dapat ayah macam ayah saya. 
beryukur sangat sangat.

terima kasih ALLAH sebab anugerahkan saya seorang bapa yang penyayang macam ayah saya.
semoga ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. amiiin! 
to ayah, I LOVE YOU!!!

SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapa di dunia. 


Saturday, June 16, 2012

Petang petang online


+ hola +
petang petang online. boring daaa... tapi tak apa la. hik3. sangat panas 2, 3 hari ni. tapi hari hari  saya berjalan seperti biasa. huuu...
sebenarnya saya sedih. pc kat rumah buat hal...
tapi tak apa. besok kawan ayah datang rumah.. dia kata dia boleh tengok tengok  apa yang patut. kira ok aaa tu!!! mai jangan tak mai ye...

Tuesday, June 12, 2012

Jom Beli Tudung Bawal


assalamualaikum :)

jom beli tudung bawal..



    Bawal Gucci
      Rm10
           (not included postage)
SOLD



Bawal 2 tones leopard print
Rm10
 (not included postage)
   bidang '45'
1 AVAILABLE (MERAH)

Kerana Itulah Apa Yang Sering Saya Lakukan


I'm going to smile
like nothing is 
wrong, talk like 
everything is 
perfect, act like 
it's all a dream, 
and pretend like 
it's not hurting 
me



"Kadang-kadang menjaga hati orang lain di sekeliling kita itu lebih penting dari menjaga hati kita sendiri. Betul ke?"

Mood : Luka dalam hati


Friday, June 8, 2012

Azams

assalamualaikum :)

saya buat nazar kepada diri sendiri. saya cukup takut sebab saya tak pasti saya akan mematuhi atau hmm... tidak.


first resolution- berusaha paaaaling sangat sangat jadi anak, perempuan and hamba Allah yang solehah.
saya nak jadi seorang perempuan cantik luar dan dalam supaya Allah redha akan hidup saya.

resolution kedua ialah untuk lebih outspoken dan bersosial.


since primary school saya hanya berkawan dengan kawan yang sama sampai tak nak kawan dengan classmates yang lain. be it a guy or a girl. asyik asyik class, makan, pergi toilet dengan orang yang sama je. many thought that i'm a arrogant girl. who doesn't even smile bila jumpa orang. damn!! dulu macam malas nak ambik kisah but now, i really think i need to speak to people. perlu! satu lagi, kawal kemarahan. kena banyak banyak bersabar. 

resolution ketiga ialah untuk mengosongkan senarai kebencian.

seperti biasalah, i hate a lot of things in my life.

morning class, homework, some colleagues, copied assignments, copied my past year question..bla..bla..

semua kena kosongkan. baru tenang hati.


fourth resolution- soulmate.


gatal betul. ha3.

sapa yang tak nak kawin kan.
btw, the only thing i'll work on is sembahyang and berdoa to Allah s.w.t.  semoga He guide us to the truthful way of finding each other. may He take care of you every single day you live.
may He ease everything for both me and you.
berhenti mencari jodoh. biarlah jodoh yang cari kita.


setakat ni, tulah dia saya punya azams. oh satu lagi ialah nak kumpul pointer tinggi-tinggi. hi3.

Friday, June 1, 2012

Saya di rumah

heyyaaa!!
di rumah sudah.
sebenarnya dah seminggu balik.

banyak sangat masa free.
tgk tv-mkn-tidur awal-bangun lambat-makan-makan-shopping.
hi3.

nak  jumpa kawan-kawan.. tapi tak dapat la. cuti sem kteorang tak sama. raya nanti baru boleh jumpa. hope dapat jumpa dorang. rindu sangat. mesti dah besar panjang semuanya kan. kepada wani, ain, diana dan azian.. semoga kita dapat jumpa nanti. amin!

Thursday, May 31, 2012

Di Khianat

Err melampau ke tajuk?

Korang pernah atau selalu beli secara online barang barang?

first time saya cuba beli beg kat fb ni, memang gila nice tengok kat gambar wooo
saya dengan rasa tak sabar, lagi lagi ada duit kan, beli lah kat fb. sampai je kat tangan saya, err saya order dua beg, tapi 1 beg je sampai, saya coling coling orang yang bertanggungjawab tuh, dia kata 1 lagi dah rosak, suh tukar yang lain, saya pun pilih la yang lain, dalam beberapa hari sampai la kat tangan saya.

ha first beg tidak memberi kepuasan langsung! sebab saya expect beg uh besar, tak sangka kecil molek je -.- , tapi cantik, nasib kau cantik.

second beg tu pulak, kebesaran dia memuaskan sebab pengajaran dari beg yang pertama. tetapi ! sangat mengecewakan ada scratch sikit kat bag. saya bagitahulah owner shop tuh. pastu saya cek kat gambar kat fb, ha memang nampak sikit scratch demnn! owner tuh cakap 'kamu dah nampak, saya tak boleh buat pape'.

korang rasa service ni bagus ke???

even kat mydin pun customer boleh return bag, reason dia ' anak saya tak suka bag ni '.
pehh saya lebih percaya kat mydin! bhaha.

saya tak nak beli dah kat blog@fb. menyampah saya, nak bagitahu nama dia tak sanggup pulak, sebab ramai la jugak customer dia, hmm aku harap lah ko betobat. keh3.

kesimpulannya : berhati hati ketika beli secara online, cek 1 persatu detail dia. jangan jadi cam saya :P

tak pun, nak selamat, pakai beg kertas ni je kan. ha3.



Saturday, May 26, 2012

Hurrrrrraaaaaaayyyy!!!


consider it done!!!
DONE!!! yeah!! Im Done!!!
walaupun  multicultural counselling cam susah tadi...tapi saya happy...
ALHAMDULILLAH...

Monday, May 21, 2012

Flu Final Exam :(

Flu.
Exams.
Unfinished laundry.
Annoying demos.
Detached bracket.
Poor acts.
Hungry.


"rabbi yassir wala tuasir"- Allah ease it out, and don't make it hard.


Thursday, May 17, 2012

Fesyen tudung sekarang

assalamualaikum :)

hari ni khamis. i’m fasting today. ganti and sunat. end of this week saya start final exam. rasa cuak sangat. hope dapat tempuh exam nanti dengan baik. amin3, ya robb.. 

hari ni rasa nak story pasal fesyen tudung sekarang. fesyen tudung memang hangat la sekarang. almaklumlah, dunia fesyen dah maju, maka nya tidak la semua orang mahu ketinggalan kan? 

tapi, kebanyakan fesyen tudung muslimah sekarang sudah mulai menyerupai pakaian 'Rahib Kristian'. tudung yang dipakai boleh menampakkan susuk leher(leher dibalut tudung atau shawl), tidak menutupi bahagian dada dengan sempurna.



  • Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia dikira termasuk ke dalam golongan itu. (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dari Ibnu Umar r.a)
  • Bukanlah daripada golongan kami (umat Islam) siapa yang menyerupai (meniru) selain daripada (cara hidup) kami. Jangan kamu menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian). (Riwayat Tirmidzi)

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

nak ke berpakaian demikian untuk tergolong dari golongan yang dilaknat Allah? nauzubillah. sama sama lah kita saling ingat mengingat dan majukan dunia Islam kita.



Tuesday, May 15, 2012

Kerana Wanita Begitu Berharga


Assalamualaikum w.b.t.



[1] Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.


[2] Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.


[3] Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.


[4] Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.


[5] Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.


[6] Haram jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.


Sumber : Ustaz Azhar Idrus

Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Ibu

assalamualaikum :)

rasanya tak sah kalau tak ada buat entry pasal ibu. pada saya setiap hari adalah hari ibu. memang besar pengorbanan seorang ibu untuk membesar dan mendidik anak anak supaya menjadi orang berguna.


begitu juga pada ibu saya yang selalu saya panggil "MAK" and kadang-kadang panggil ‘MOM’. ‘mom, nak duit’. ‘mom, jom pergi pasar malam.’ ‘mom, keluar mom’. mak saya akan cakap nanti nak cop duit dulu. hik3.. 

saya paling rapat dengan mak saya. selalu keluar dengan mak. kadang-kadang mak ajak pergi jalan-jalan bila tengok saya ulang alik dari dapur ke ruang tamu, dari bilik mak ayah ke bilik saya, dari luar rumah naik rumah balik, lepas tu tengok saya buli adik saya yang ketiga and keempat. ahaks! *bosan la tu. 

saya tahu mak saya banyak bersusah payah, berpenat lelah untuk melahirkan, membesar dan mendidik saya dan adik beradik saya yang lain supaya jadi orang yang berguna dan berjaya. takkan ada ibu di dunia ni nak anak anak dia jadi orang yang tak berguna kan. saya bersyukur berada dalam family saya yang sederhana dan bahagia. terima kasih mak sebab melahirkan anakmu ini ke dunia ini. melihat betapa indahnya ciptaan Tuhan dan mengerti erti kehidupan.

tanpa mak saya. saya tak akan dilahirkan di dunia ini. saya tahu saya banyak menyusahkan mak saya dan membuat mak saya risau. mungkin mak saya ada rasa kecewa dengan perangai saya yang sedar dan tanpa sedar saya telah buat. maaf mak. :(


kadang-kadang saya kena marah dengan bebel dengan mak tapi saya anggap yang mak sayang saya. mak mana yang tak marahkan kalau anak dia degil tak dengar cakapkan. saya la tu. saya tahu saya agak keras kepala, degil dan pemalas la jugak. it doesn't mean that i'm a very lazy girl and don't do anything ok! saya buat der. tapi bila dah datang kemalasan tu saya jadi pemalas. he :D maaf mak, in sha Allah anakmu ini cuba memperbaiki diri untuk jadi yang lebih baik


Puisi untuk MAK :


Ibu...
adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa

Ibu...
adalah wanita yang selalu menjaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam

Ibu...
adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian

Ibu...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keredhoan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kelelahan kerana aku

Aku yang selalu menyusahkanmu
aku yang selalu mengabai perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu

Ibu...
engkau menangis kerana aku
engkau sedih kerana aku
engkau menderita kerana aku
engkau kurus kerana aku
engkau korbankan segalanya untuk aku

Ibu...
jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam surga

Ibu...
hanya doa yang mampu kupersembahkan untukmu
kerana jasamu
tiada terbalas

Hanya tangisku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu

Ibu..., I LOVE YOU SO MUCH
juga kepada Ayah...!!!

terima kasih mak.. tiada apa lagi yang mampu saya ucapkan selain terima kasih dan saya bersyukur sangat sangat sebab saya mempunyai seorang mak yang prihatin dan penyayang dan cantik. he.. 

sayang mak sangat-sangat. oh, saya ada belikan mak saya hp nokia. murah je. saya ada tempahkan jugak beg letak hp untuk mak saya. cute miut woo. colournya pink+merah. jadi la kan dari tak ada. hari ini tak dapat bagi sebab saya duduk jauh dari mak saya. 2 minggu lagi boleh la saya bagi. itu je yang mampu sebab saya tak kerja. kalau dah kerja dapat gaji nanti boleh la saya belikan apa apa untuk mak dan ayah saya. :D oh2 lupa nak mention adik-adik saya. untuk dorang jugak la nanti. he.

ok la. itu saja. oh last sekali. SELAMAT HARI IBU untuk semua ibu di dunia. semoga mak panjang umor dan di murahkan rezeki. semoga mak dilindungi dan diberkati oleh Allah swt selalu. amin. ok la. babai. as salam.