Tuesday, July 23, 2013

I'm Officially 23 Years Old :)

assalamualaikum w.b.t :)

semalam iaitu 22 julai merupakan hari lahir saya yang ke 23. omg..! 23 suda.. hee ~

terima kasih di atas ucapan ucapan sempena ulang tahun kelahiran saya yang diberikan oleh nabila, anis, tasha, diana, adda, aklima, mak sedara di n.9 iaitu m.dek, sepupu sepupu yang sporting iaitu shazila, along dan abe sham, kawan kawan 1 batch di kolej dan kawan kawan yang lain. sayang semua <3

alhamdulillah, saya masih lagi dihidupkan oleh Allah Taala sehingga ke usia ini, pada saat ini dan menyampaikan umur saya pada bulan Ramadhan kali ini.

overall, I received around 40 which birthday wishes posted on my timeline, PM kat my fb, messages birthday di phone dan di WhatsApp. tenQ so much untuk kawan kawan yang wish birthday.. 

seronok sangat sebab ada kawan kawan yang masih ingat. saya tidak letak tarikh birthday saya di fb. sebab bagi saya daripada dulu lagi maklumat seperti itu dan sesetengah yang lain lagi perlu di ketahui oleh orang yang rapat atau berkawan atau pernah berkawan dengan saya sahaja. bila orang tanya pun errkk.. susah nak jawab. kalau jawab 'biar la, tak penting pun' tak pun 'hang cari sendiri. baru mencabar' ha3.. *statement mintak penampar je kan. ha3.. 

btw, sayang kamoo semua : 










Friday, July 12, 2013

Jadikan Aku Seorang yang Sabar

assalamualaikum w.b.t :)

puasa ke 3. berbuka tadi dengan menu yang sederhana iaitu ikan aya (kelantan) atau ikan tongkol dengan acar buah dan air epal.  

seperti 2 tahun yang sudah saya berpuasa jauh dari keluarga. sekarang tahun ke 3. tahun terakhir pengajian. 3,4 hari sebelum raya baru boleh berpuasa bersama keluarga. sob3..

walaubagaimanapun, puasa tetap kena puasa. kan kan.  lepas puasa raya.. 

cerita pasal raya. sebulan yang lepas lagi bila keluar dengan kawan ke mall yang selalu pergi pelbagai koleksi pakaian raya, biskut raya dan perhiasan lain sudah di jual. wah! kemain lagi ye. puasa pun belum masa tu. tapi itu bagus lah. cara mereka untuk tarik pelanggan beli awal awal. sehinggakan saya pun nak terrrrbeli juga. tapi disebabkan tahap keimanan yang tinggi ku mampu atasinya.  ewah3.. tak ada la. saja buat lawak. tak lawak sudah. 

sebak dalam hati kottt masa tengok barang raya semua tu..

biasa sebulan sebelum puasa yang paling sibuk ialah mak. dia lah mak saya yang setiap tahun akan ajak ayah dan sudah tentunya saya untuk beli kain sebab saya agak cerewet dalam memilih kain untuk buat baju. tempat kami biasa pergi iaitu Kamdar. setiap tahun keluarga saya ada tema untuk pakaian raya. tema hitam, coklat, biru laut, merah dan hijau untuk tahun tahun yang sudah. tahun lepas pulak warna pink. tahun ini hajat mak nak warna grey. mak saya dah siap beli kain awal tahun ni untuk kami 4 beradik dan untuk dia dengan ayah warna yang sama. kebetulan masa tu dia nak pergi beli kain untuk baju kenduri.

tapi.. kain semua tu disimpan.. tak jahit. tak sempat jahit. kenapa? bagi yang tahu dia tahu lah. doakan untuk kesejahteraan keluarga saya. 

mood raya tahun ni terus terang cakap tak ada langsung. menghitung hari je nak balik kampung nak jumpa mak ayah. saya ada minta dengan mak beberapa kali untuk tangguh belajar sem ini tapi mak tak bagi. kalau boleh nak stay kat sisi mak ayah tak nak pergi jauh dari mereka. nak jaga mereka habis mampu sampai mati. 

mereka segala segalanya. saya tak mampu kalau mereka tak ada. Ya Allah.. panjangkan umur mak ayah. sembuhkan mak. kabulkan doa dan impian mak ayah. jadikan mak ayah ku orang yang sabar dalam menghadapi ujian. kabulkan doa ku kepada mereka. amin!

sabar dan ikhlas dalam menerima ujian. mesti ada hikmah kan. saya kena kuat. diuji dengan ujian kepayahan sangat sukar untuk dihadapi tapi kalau saya tak kuat saya tak boleh bantu mak saya. emosi seorang yang sedang sakit sememangnya tidak stabil dan tidak menentu..

ujian sakit adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. yang mempunyai maksud tertentu.

semoga saya dan keluarga dikuatkan iman dan kesabaran dalam menghadapinya, amin!

sayangi mak ayah awak. saya tahu semua anak sayangkan mak ayah dia. cuma sesetengah anak tak tunjuk. seeloknya tunjuklah. salam tangan, cium pipi mereka, peluk mereka dan jangan lupa call atau jenguk mereka bagi yang duduk jauh. 1 lagi doakan kesejahteraan mak ayah kita. 

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Thursday, July 11, 2013

Wishing all Muslim friends " Selamat Meyambut Bulan Puasa " .. 2013

assalamualaikum w.b.t :)

wishing all muslim friends " Selamat Meyambut Bulan Puasa " ..

mulanya puasa pada 10.7.2013. hari ini merupakan hari ke 2 puasa. saya nak kongsikan beberapa sangkaan tentang puasa di mana ramai sangka itu tak boleh buat, ini tak boleh buat termasuk lah saya. 

Beberapa sangkaan tentang puasa:

Mandi Masa Puasa
Antaranya, anggapan bahawa mandi ataupun basuh kepala apabila terlalu keletihan mengurangkan pahala puasa. Ada pula yang bertegas semasa puasa mandi selepas asar makruh. Ini tidak disokong oleh riwayat yang menunjukkan Nabi s.a.w mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika berpuasa kerana terlalu panas ataupun dahaga. Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:
“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

Memasukkan Ke Rongga
Antara anggapan lain ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut, sekalipun bukan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah. Ada yang melarang bercelak kerana bimbang masuk ke dalam rongga. Pegangan ini asalkan berasas riwayat kenyataan Ibn ‘Abbas:
“Membatalkan puasa itu apa yang masuk, bukan apa yang keluar” (riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih).

jadi, kumur, korek hidung atau telinga, titik ubat mata dan sapu ubat semua itu tidak membatalkan puasa.

bersugi (gosok gigi) digalakkan untuk elak mulut busuk termasuk masa puasa. tidak makruh. larangan bersugi masa puasa tak sahih. 


Friday, July 5, 2013

Kisah Praktikal Part 2

assalamualaikum w.b.t :)

Minggu ini masuk minggu ke 4 saya praktikal. Banyak jugak pengalaman yang saya peroleh sepanjang 4 minggu.

Antaranya pengalaman membantu guru pembimbing (mentor) iaitu Pn. Nor Shahreen dalam mengendalikan ceramah teknik menjawab untuk pelajar pelajar SPM dari segi PA System dan menjadi emcee @ pengacara majlis untuk beberapa ceramah lain seperti Ceramah Kerjaya Industri Petroleum dan Cari Gali, Ceramah Motivasi Pendidikan dan Kerjaya dalam Bidang Kemahiran dan Ceramah Kerjaya Profesion Perguruan sempena minggu kerjaya serta membantu guru guru rumah sukan sehingga balik lewat petang antara pukul 5 ke 6 petang.  Selain itu sibuk dengan sesi kaunseling sama ada individu atau kelompok.  Fuh! Penat.. (sambil lap peluh).

Sepanjang 4 minggu saya praktikal, saya tak ingat makan dan nak mimpi tidur pun tak takdan. Betapa lenanya tidur malam dan betapa cepatnya pukul 5.30 pagi. Seawal 5.30 pagi setiap hari saya bangun untuk bersiap siap ke sekolah dan 3.30 petang setiap hari kami baru boleh balik untuk mencukupkan 500 jam untuk praktikal. 3.30 petang paling awal kami boleh balik. Kalau tidak pukul 5-6 petang balik rumah.

Apabila saya praktikal di sekolah saya sedar tugas sebagai pendidik @ warga guru bukanlah senang. Tugas yang dilakukan oleh warga guru adalah tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru pelajar-pelajarnya ke arah kebaikan. 

Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw:


من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان



kenangan bersama guru praktikal dari UPSI
(dari kiri Kak Laili, subjek seni dan Kak Azura, subjek perdagangan) 

tenQ sebab baca entry ini. In sha Allah akan bersambung pula untuk part 3 apabila tamat praktikal. Nantikan..

as salam


Monday, July 1, 2013

Kisah Praktikal

assalamualaikum w.b.t :)

Oit. Berbulan bulan tidak menghadirkan diri di ruangan ini. Bukan tiada cerita untuk diceritakan tapi baaaaaannnnnyak cerita yang ingin diceritakan untuk tatapan saya sendiri sebagai diari dan perkongsian dengan orang orang yang ingin membacanya. Tapi disebabkan masa yang agak terhad untuk mencoret di sini terpaksa lah saya akur. *skema punya ayat.

Baiklah baiklah. Saya nak ceritakan tentang praktikal. Wah! dah praktikal. Tak lama je lagi nak habis belajar dah. Pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke 4 saya praktikal di sekolah SMK JATI, IPOH. 

So far praktikal di sana Alhamdulillah.. Wajah pertama saya jumpa apabila saya menjejak kaki di sekolah itu ialah Pn Hajah Halijah (Pengetua SMK Jati) , kemudian PK Kanan, Pk Ko dan Pk HEM. Setelah itu berkenalan dengan guru guru SMK Jati. Pelajar pelajarnya pulak uh3.. bagus sangat. Budaya mereka memberi salam lebih mudah untuk saya dengan kawan yang sama sama di tempatkan di sekolah itu bermesra dan mendekati mereka. 

Di sini nak cerita lagi. Maknanya cerita dalam cerita. Mulanya saya di tempatkan di sekolah lain iaitu di SMK Kledang. Kawan, Anis di SMK Buntong. Tapi masing masing tidak mahu ke sana atas sebab sebab tertentu.

Setelah itu kami masing masing ikhtiar untuk mencari sekolah lain. Kemudian saya dapat SMK Tanjung Rambutan. Tapi saya tolak.. sebab? Jauh dari rumah. Masa minta ingat nak sewa rumah area sana. Tapi bila kawan cakap dah jumpa rumah sewa yang sekarang ambik jela. Jadi terpaksa cancelkan sekolah tu. Kemudian saya dapat SMK Megat Khas dan saya tolak lagi.. sebab? Kawan call SMK Jati minta untuk  saya sekali. Masa tu di pagi yang indah Anis telefon cakap dapat SMK Jati. Pengetua SMK  Jati membenarkan kami berdua buat praktikal di sana. Alhamdulillah.. selesai.

Pada 10.6.2013 saya dengan kawan pergi mendaftarkan diri di sekolah tersebut. Malam sebelum ke sekolah perasaan bercampur baur. Takut, malu, gelisah dan segala makneka perasaan yang tak selesa hadir. Tidur tak lena. Mandi tak basah. Makan tak kenyang.

Akhirnya 10.6.2013 kami mendaftarkan diri. Dengan itu maka kami sah berkhidmat sebagai guru praktikal kaunseling di SMK Jati selama 4 bulan. Selesai berjumpa pihak atasan sekolah tersebut semua perasaan yang tak selesa hilang.. dah mampu senyum. Perut mula kelaparan..


Saya berhenti setakat ini dahulu tentang kisah praktikal. Nak berbuka puasa. Akan bersambung kemudian ;)

Selamat berbuka puasa azi.. :D