Wednesday, November 14, 2012

Solat Tahajjud

assalamualaikum :)


sedikit pengkongsian yang saya ambil daripada google . semoga ianya bermanafaat untuk semua. in sha Allah.


Solat tahajjud ini biasanya dilakukan pada pertengahan malam selepas bangkit dari tidur atau sepertiga malam walaupun selepas tidur sekejap. Bermula waktunya selepas solat isyak sehinggalah datang waktu subuh. Solat ini tidak mempunyai bilangan rakaar yang tertentu, paling sedikit 2 rakaat dan yang paling banyak tidak terhad.

 Lafaz dan niat untuk solat Tahajjud ialah:
1.Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini lillahi ta’ala
Ertinya:”Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah ta’ala”
2. Bacaan surah atau ayat Al-Quran selepas Al-Fatihah: Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (seeloknya 7 kali) Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (seeloknya 11 kali)
3. Lakukanlah dua rakaat seperti sembahyang sunat yang lain, cuma selepas membaca tasbih biasa ketika sujud kedua pada rakaat terakhir, bacalah doa berikut:
Rabbid khalniimud khala sidqin wa-akhrijnii mukhraja sidqin waj’allii mil ladunka sultaanaan nasiiraa.
Ertunya: ” Tuhanku! masukkanlah aku kedalam pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran dan kurniakanlah kepadaku daripadaMu pembantu”
4. Lakukan sembahyang sunat tahajjud ini mengikut kemampuan. Kalau terlalu mengantuk maka eloklah dipendekkan sahaja.
5. Selepas selesai mengerjakan sembahyang Tahajjud maka bacalah doa sepertimana yang pernah dibaca oleh Rasulullah saw ini:
Allahummaj’al fii qalbii nuuran wafii lisaanii nuuran waj’al fii sam’ii nuuran waj’al fii basori nuuran waj’al fii khalqii nuuran wamin amaamii nuuran waj’al min fauqi nuuran waa man tahtii nuuraa. Allahumma a’tinii nuuraa.
Ertinya: Ya Allah! Jadikanlah didalam hatiku cahaya yang cemerlang, pada lidahku cahaya yang cemerlang dan jadikan pada pendengaranku cahaya yang cemerlang serta jadikan pada penglihatanku cahaya yang cemerlang jadikan dibelakangku cahaya yang cemerlang dan dihadapanku cahaya yang cemerlang dan dari bawahku cahaya yang cemerlnag. Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku cahaya yang cemerlang!”
Kelebihan Solat Tahajjud :

    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    1. Doa dimakbulkan Allah.
    1. Memperolehi ketenangan jiwa.
    1. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    1. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    1. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    1. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    1. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    1. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    1. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    1. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    1. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    1. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    1. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    1. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    1. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    1. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    1. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.


1 comment: