Thursday, January 3, 2013

Happy New Year 2013



assalamualaikum :)



Selamat Tahun Baru 2013. masih sempat lagi kan nak ucap. banyak post tentang tahun baru di blog and fb. suka saya tengok dengan azam dan keinginan yang nak dicapai oleh sahabat sahabat kita di tahun baru ni. semoga di makbulkan.. 

giliran saya tanya anda. apa azam anda tahun ni? soalan yang boleh dikatakan wajib. kan kan. hee.. kita kena ada azam atau matlamat. tetapkan matlamat anda untuk beberapa jangka masa. in sha Allah akan tercapai. jom, berusaha sama sama to achieve our dream for this year. tentang attitude saya sangat percaya kita ni manusia sentiasa diberi peluang untuk berubah. cuma atas kita nak ke tak nak. tak perlu tergesa gesa nak berubah sebab saya tahu agak sukar. tapi kita boleh berubah dengan pelan pelan. in sha Allah boleh.

saya ada terbaca status seorang kawan di fb tentang azamnya untuk memakai tudung labuh.

ramai yang mengaku "saya nak pakai tudung labuh", kemudian bertanya "tapi bagaimana?"..  dan alasannya " takut la, takut tak leh istiqamah"

actually,apa yang nak di cari dengan tudung labuh tu?cuba kita tanya pada diri sendiri, tanya pada iman kita. adakah kerana kehendak iman? rasanya tidak sebab tudung labuh do not measure iman. sama juga dengan umur, berapa umur kita juga tidak mampu mengukur kematangannya. 

sesetengah orang mampu bertudung labuh dulu baru membentuk iman, kerana baginya, tudung itu boleh mencegah dirinya dan membentuk Imannya.

so, bagaimana dengan yang tidak mampu? apa yang kita cari dengan tudung labuh ni ye? sedangkan orang bertudung labuh ini,tidak semestinya dia baik, alim dan beragama. tudung labuh hanya mengambarkan dia alim, baik ataupun beragama. tapi hakikatnya.. perlu tanya diri sendiri lah! Dan ALLAH juga Maha Mengetahui. 

bagi saya ialah KEHORMATAN. jadi Muslimah sebegini terlalu istimewa di mata saya. 


#sahabat yang ingin berhijrah, pakai tudung biasa pun takpe, asalkan menepati syarat. begitu juga dengan pakaian. matlamat kita adalah membentuk IMAN, bukannya mahu di pandang tinggi oleh masyarakat kerana penampilan kita, sedangkan kita sama sahaja di sisi ALLAH.


Chill

sahabat, maaf kupinta atas segala salah dan dosaku ditahun lalu, kerana di tahun ini In Shaa Allah saya tidak akan mengulangi salah dan dosaku kepadamu. selamat tahun baru 2013.

Happy New year 2013, moga kita selalu berada di jalan yang selalu diredhoinya, amin.. 



5 comments:

Unknown said...

untungla dh renovate belog

Unknown said...

buwek !!

azi said...

hak3 .... bc b, bc ..

Unknown said...

^_^...Moga redha ALLAH sentiasa bersama awak lalink....

menerusi ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:

"Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."...sekadar perkongsian..^_^

azi said...

tq yank ..