assalamualaikum :)
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN
DOA PENERANG HATI ,
... "Ya Allah jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang apabila memandang bahan bacaan dengan sekali pandangan mereka sudah menghafal kandungan dalamnya , memahaminya , mengamalkannya dan menyampaikannya.
Ya Allah sesungguhnya aku menyimpankan kepadaMu apa-apa yang telah Kau ajarkan kepadaku maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya dan janganlah Engkau melupakan daku akannya wahai Tuhan sekalian alam ."
Amalkan doa ini 3 kali sebelum mula belajar ketika selepas solat,
Tips : Jaga solat 5 waktu, hormat ibubapa dan guru serta menjaga pandangan dan elakkan daripada dosa dan maksiat. Imam As-Syafie r.a pernah mengadu kepada gurunya iaitu Imam Waqi' akan lemah hafalannya. Maka Imam Waqi' menasihatkan beliau supaya meninggalkan dosa , kerana ilmu adalah cahaya Ilahi dan cahaya Ilahi tidak akan diberikan kepada pelaku maksiat.
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN DIS 2012 AND JAN 2013 .
1 comment:
bole jdkan amalan:) smoge result kite gempak...amin33
Post a Comment