Thursday, October 3, 2013

Kisah Praktikal Part 3 - Last

assalamualaikum w.b.t :)

entri ini seperti yang dimaklumkan dalam entri sebelum ini untuk update entri terakhir praktikal..

4 bulan praktikal akhirnya selesai. bermulanya praktikal pada 10.6.2013 sehingga 27.9.2013 akhirnya berakhir.

saya sedang dalam mood rajin sekarang jadi saya pun usaha update entri cepat cepat sebelum level kerajinan saya makin berkurang.

sekolah tempat saya praktikal



SMK Jati, Ipoh, Perak (pintu belakang)
pintu mula mula kami masuk pada hari pertama



dewan utama sekolah
'Dewan Jati Bestari'

pembinaan bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Jati bermula pada 1 September 1999. sekolah ini terletak di atas sebuah bukit yang dikelilingi kawasan perumahan seperti Taman Jati, Taman Meru 2B, Taman Meru 2C, Taman Meru Jaya dan Bandar Meru Raya. sebelah sekolah ini pula ialah Sekolah Kebangsaan Jati. 

pada tahun 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Jati telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah yang mempunyai kelas Rancangan Khas. kelas ini terdiri daripada tingkatan 1, 2 dan 3.


kami berdua guru praktikal Kaunseling SMK Jati


    

fail praktikal saya


sebahagian daripada bilik kaunseling

pelbagai kenangan saya peroleh sepanjang berada di SMK Jati. contohnya bila bersama sama warga sekolah dalam pelbagai program dan aktiviti yang diadakan. 

secara peribadi, guru guru di sekolah itu sangat baik dengan kami. begitu juga dengan pelajar pelajarnya. ada sesetengah kumpulan pelajar yang rapat dengan kami. yang paling saya terkesan adalah apabila sekumpulan pelajar lelaki sanggup datang walaupun hujan ke rumah kami untuk ajak kami keluar makan dan belanja makan. 2 orang pelajar form 1 kelas Rancangan Khas yang rapat dengan saya menangis bila saya hampir nak keluar. sob3...

terima kasih yang tak terhingga kepada mentor kami iaitu Pn. Nor Shahreen kerana tak putus putus membimbing kami dari segi program, kelas ganti dan banyak lagi walaupun beliau sibuk. walaupun beliau sangat sibuk dengan kerjanya beliau tak pernah suruh kami buat kerja beliau. beliau juga selalu 'back up' kami apabila banyak kelas yang perlu di ganti, ataupun ada cikgu yang memberi kerja tak sepatutnya kepada kami dan juga apabila bertemu pengetua. beliau seorang cr. Cr Pn. Nor Shahreen yang profesional dalam bidangnya.



hari last bersamanya 

selain itu terima kasih kepada pengetua. tanpa keizinan pengetua ke sekolah itu, kami tak akan ada dapat berjumpa dan bersama sama insan yang baik seperti warga SMK Jati. terima kasih kepada pengetua SMK Jati, Pn. Hjh Halijah. 

bila tiba nak hantar laporan akhir praktikum, so semua kena siap cepat, kena submit sebelum deadline. aish.. asyik nak mengamuk je.. sikit-sikit membebel… semua tu saya tempuhi keseorangan dalam bilik. membebel sorang sorang dalam bilik. bila tension sangat saya tidur. pastu makan. pastu ajak anis (kawan pelbagai fungsi) keluar shopping.

kami semua ingatkan kami akan diberi tempoh seminggu selepas praktikal untuk hantar laporan akhir tapi kami diberi sehingga tarikh akhir praktikal iaitu 27.9.2013. masa tu omg... ini tak adil! sebabnya senior sebelum ni diberi masa seminggu untuk siapkan laporan akhir. 

adil ke tak adil kena buat jugak. ok, fine, saya buat.

dengan itu terkejar kejar la saya dan yang lain menyiapkan laporan akhir. 


fail laporan akhir praktikum
warna hijau untuk degree. manakala diploma dan master warna lain pulak



sambil buat kerja sambil makan

saya sebenarnya jenis yang agak perfectionist dalam membuat kerja. jadi bila last minute hantar macam adoi3.. tawakal jela.

setelah berhari hari tak cukup tidur dan tak lena tidur buat report akhir, akhirnya siap jua. alhamdulillah...

terima kasih banyak banyak kepada semua yang membantu kami praktikal ni secara langsung dan tak langsung. In sha Allah ada rezeki, saya dan anis akan berjumpa mana mana warga SMK Jati, Ipoh, Perak. kamu semua memang terbaiklah!

bhai. as salam..






1 comment:

Unknown said...

hohoho...terbaek la...hihi