Monday, October 14, 2013

Luahan Di Pagi Hari

assalamualaikum w.b.t J

pejam celik pejam celik saya dah nak habis belajar.. tempoh pangajian saya lebih kurang 3 tahun lebih. sekarang saya berada di sem terakhir. sem untuk buat thesis. in sha Allah bulan 1 tahun depan saya bakal menamatkan ijazah saya dalam bidang kaunseling.

macam saya katakan tadi sem ni saya kena buat thesis. so memerlukan internet la tapi tergendala disebabkan hal yang remeh temeh iaitu internet slow :( bila saya balik rumah, broadband dah sampai limit. kalau guna pun memang sloooww je. rasa nak ambik modem broadband ni baling kena dinding pastu pijak pijak. geram menooooo. 

opst! teremo di situ. huahaha.. since last few months, saya ada praktikal @ bahasa omputihnya intern di SMK Jati. ceritanya mengenainya saya dah update di entry sebelum ini.

sepanjang 3 tahun lebih pengajian sudah tentu pelbagai kenangan saya lalui sama ada manis ataupun pahit. pengalaman saya naik turun tangga pergi kelas, berbaju kurung (ayu gitewww) jarang berseluar panjang, a lot of assignments, presentation, test dan final exam. mana nak dapat semua ini melainkan kalau kita belajar.

di kesempatan ini memandangkan juga esok Hari Raya Aidiladha saya minta maaf banyak banyak kepada mana mana pihak yang terasa hati, pancreas dan pinggang seandainya kata kata dan perbuatan saya sepanjang bersama sama mencari ilmu yang kurang menyenangkan. sesungguhnya saya tak merelakan semua ini terjadi. Sob sob (-_-).

apabila seseorang yang dikenali buat perangai huduh dengan kita, cubalah ingat balik kebaikan kebaikan yang mereka pernah buat dahulu untuk kita - jerih payahnya untuk buat lawak supaya kita yang sedih untuk gelak, dan setiap pengorbanan-pengorbanan comel yang mereka lakukan untuk kita sepanjang perkenalan umpama menemani kita yang kelaparan keluar makan jalan kaki walaupun pukul 1 pagi ataupun menolong kita ketika susah. nescaya, kita akan lebih senang memaafkannya. untuk kawan kawan maya pula, semoga kita berjumpa di akhirat dengan kosong kosong. selamat hari raya aidiladha esok ye.

tataa. as salam..






No comments: