Friday, December 27, 2013

Tak ada Tajuk /

assalamualaikum (:

err, sorry tentang tajuk tu. saya tak tahu nak letak tajuk apa untuk entri blog ni. hehe. 

dah lama rasanya tak tekan button 'new post' dekat blog ni. semenjak duamenjak ni. setiap kali saya online, saya akan fikir, apa saya nak buat. FB, fikir nk tengok apa. bukan ada apa-apa pun saya nak tengok dlm fb tu. bukak blog je, jari akan berhenti dengan sendiri daripada menaip. "apa nak taip ?" :/ sedih betul tengok diri mcm orang tak tahu apa ni -.-

macam ni lah, senang saya cerita macam mana keadaan saya sejak kebelakangan ni. hmm. 

yg pertama, saya jarang online sekarang. kalau online pun skjp2 je, tak pernah online berjam-jam mcm dulu. kalau dulu, nak online je mesti muka excited nak update blog lah hapa lah. mungkin sebab line internet slow sangat kot, saya sendiri pun fed up kadang-kadang nak tengok loading ni lah loading tu lah. aish...

yg kedua, emm saya rindu sekarang ni. rindu mak ayah dan adik-adik. bila cuti tak buat apa apa kan mesti rindu. kalau nk keluar pun, saya bukan jenis selalu keluar sangat. dengan kawan kawan pun jarang. bukan menyombong, macam tak bersosial langsung kan ? :/ mungkin salah satu sebabnya selalu keluar dengan mak ayah je. dan mungkin salah satu sebab yg lain, saya memang malas nak keluar lepak ke, tengok wayang ke, main boling ke. itu bukan saya. aktiviti aktiviti keluar saya lakukan dengan family sahaja. itupun kalau dorang ajak lah, kalau tak duduk rumah je lah (: tapi mcm tu lah.


yg ketiga, saya ada hobi baru. baca novel. saya lebih prefer, duduk dan baca novel. saya baru je lepas beli novel baru pagi tadi, malam tadi dalam pukul 10 saya dah habis baca (: ouh, 
siapa sebut nama saya tadi ?! tiba2 td pukul 10 lebih mcm tu, saya tersedak :/ terkejut tiba2 tersedak ni kenapa plaaaakk.

yg keempat pula, saya bekerja. bekerja part-time as a 'barista' mc cafe di mc donald’s memandangkan kelas saya hanya 1x sahaja seminggu. 



contoh pakaian 'barista'

sumber gambar: google


ruangan kerja mc cafe

sejak kerja rutin harian saya dah berubah. saya tak tahu apa kena dengan saya. saya malas nak kemas bilik lah, malas basuh baju, malas nak buat ni buat tu. saya rasa nak duduk rumah makan, tidur dan menambah lemak. haha. 

hmm, saya rasa kalau saya terus bercerita apa saya rasa ni, mungkin lama lama org pun bosan nk baca. hehe. tak pe lah, as salam..

No comments: