Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Ibu

assalamualaikum :)

rasanya tak sah kalau tak ada buat entry pasal ibu. pada saya setiap hari adalah hari ibu. memang besar pengorbanan seorang ibu untuk membesar dan mendidik anak anak supaya menjadi orang berguna.


begitu juga pada ibu saya yang selalu saya panggil "MAK" and kadang-kadang panggil ‘MOM’. ‘mom, nak duit’. ‘mom, jom pergi pasar malam.’ ‘mom, keluar mom’. mak saya akan cakap nanti nak cop duit dulu. hik3.. 

saya paling rapat dengan mak saya. selalu keluar dengan mak. kadang-kadang mak ajak pergi jalan-jalan bila tengok saya ulang alik dari dapur ke ruang tamu, dari bilik mak ayah ke bilik saya, dari luar rumah naik rumah balik, lepas tu tengok saya buli adik saya yang ketiga and keempat. ahaks! *bosan la tu. 

saya tahu mak saya banyak bersusah payah, berpenat lelah untuk melahirkan, membesar dan mendidik saya dan adik beradik saya yang lain supaya jadi orang yang berguna dan berjaya. takkan ada ibu di dunia ni nak anak anak dia jadi orang yang tak berguna kan. saya bersyukur berada dalam family saya yang sederhana dan bahagia. terima kasih mak sebab melahirkan anakmu ini ke dunia ini. melihat betapa indahnya ciptaan Tuhan dan mengerti erti kehidupan.

tanpa mak saya. saya tak akan dilahirkan di dunia ini. saya tahu saya banyak menyusahkan mak saya dan membuat mak saya risau. mungkin mak saya ada rasa kecewa dengan perangai saya yang sedar dan tanpa sedar saya telah buat. maaf mak. :(


kadang-kadang saya kena marah dengan bebel dengan mak tapi saya anggap yang mak sayang saya. mak mana yang tak marahkan kalau anak dia degil tak dengar cakapkan. saya la tu. saya tahu saya agak keras kepala, degil dan pemalas la jugak. it doesn't mean that i'm a very lazy girl and don't do anything ok! saya buat der. tapi bila dah datang kemalasan tu saya jadi pemalas. he :D maaf mak, in sha Allah anakmu ini cuba memperbaiki diri untuk jadi yang lebih baik


Puisi untuk MAK :


Ibu...
adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa

Ibu...
adalah wanita yang selalu menjaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam

Ibu...
adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian

Ibu...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keredhoan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kelelahan kerana aku

Aku yang selalu menyusahkanmu
aku yang selalu mengabai perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu

Ibu...
engkau menangis kerana aku
engkau sedih kerana aku
engkau menderita kerana aku
engkau kurus kerana aku
engkau korbankan segalanya untuk aku

Ibu...
jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam surga

Ibu...
hanya doa yang mampu kupersembahkan untukmu
kerana jasamu
tiada terbalas

Hanya tangisku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu

Ibu..., I LOVE YOU SO MUCH
juga kepada Ayah...!!!

terima kasih mak.. tiada apa lagi yang mampu saya ucapkan selain terima kasih dan saya bersyukur sangat sangat sebab saya mempunyai seorang mak yang prihatin dan penyayang dan cantik. he.. 

sayang mak sangat-sangat. oh, saya ada belikan mak saya hp nokia. murah je. saya ada tempahkan jugak beg letak hp untuk mak saya. cute miut woo. colournya pink+merah. jadi la kan dari tak ada. hari ini tak dapat bagi sebab saya duduk jauh dari mak saya. 2 minggu lagi boleh la saya bagi. itu je yang mampu sebab saya tak kerja. kalau dah kerja dapat gaji nanti boleh la saya belikan apa apa untuk mak dan ayah saya. :D oh2 lupa nak mention adik-adik saya. untuk dorang jugak la nanti. he.

ok la. itu saja. oh last sekali. SELAMAT HARI IBU untuk semua ibu di dunia. semoga mak panjang umor dan di murahkan rezeki. semoga mak dilindungi dan diberkati oleh Allah swt selalu. amin. ok la. babai. as salam.


No comments: