Thursday, March 14, 2013

Amalan pada malam Jumaat

assalamualaikum :)

malam jumaat. pada malam jumaat banyak amalan yang boleh kita lakukan dalam memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah s.w.t. contohnya dengan membaca :

1. Surah Al-Kahfi

“Dari Abu Said Al-khudri ra dari Nabi Muhammad SAW. Baginda bersabda : Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat.”
(Diriwayatkan oleh Baihaqi)

2. Surah Yassin

“Siapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.”

“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, adapun hati al-Quran adalah Yaasin. Siapa yang membaca Yaasin, maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali.”
(HR Tarmizi)





banyak lagi amal ibadah yang boleh kita lakukan. sebagai contoh lain ialah memperbanyakkan zikir, doa dan selawat.

alhamdulillah saya di tempatkan di kolej yang saya boleh hadiri pengisian malam jumaat pada setiap malam jumaat. selain bacaan yassin, malam itu juga diisikan dengan tazkirah dan ceramah agama oleh ustaz ustaz jemputan dengan pelbagai topik. esoknya pula akan diadakan usrah. 

marilah kita sama sama menghidupkan malam jumaat dengan amal ibadah. kita hidup tidak cukup dengan menunaikan solat 5 waktu sahaja. 

**perkongsian buat sahabat dan peringatan buat diri saya yang kadang kala alpa dengan keseronokan di dunia.