Friday, March 8, 2013

Penjagaan Kulit Saya

assalamualaikum :)

ada beberapa orang tanya saya, produk muka apa yang saya guna. 

sebelum tu saya nak story. dulu muka saya ada jerawat tau. masa tu umur 16 tahun. sekarang? alhamdulillah.. 

untuk mengatasinya? 1st, saya buat facial muka. memang kerap. boleh di katakan wajib sebulan sekali. salon muka pulak depan sekolah. jadi lepas habis waktu sekolah saya akan pergi sana. biasa saya buat yang treatment. rm30 sekali buat. untuk facial kulit biasa rm25. kulit jadi lembut dan segar lepas buat. jerawat pom akan kecut. cuba la. macam nak promote pulak ye.

selain facial, saya pakai produk Sendayu Tinggi. tapi product tu tak berkesan dengan kulit saya.


1 hari lepas berbulan bulan buat facial tempat tu, kakak yang buat rawatan suggest kan saya pakai produk Tia Amelia. saya pom cuba la. saya guna produk Tia Amelia 4 tahun. agak berkesan lebih lebih lagi krim kunyit yang pakai waktu malam. kesan pakai produk Tia ni jerawat berkurangan dan parut parut jerawat pudar. 


after 4 years.. saya mula nak cuba produk lain sebab terpengaruh dengan iklan. sebab lain ialah jemu pakai produk sama bertahun tahun. huahaha. tambah tambah saya dah masuk belajar kat kolej jadi ada la duit sikit kan dari pinjaman. bhaha. saya beli produk D'Wajah. set percubaan kecik macam anak tikus dah rm75. about an half year juga la saya mampu beli. lepas tu.. tak mampu dah. saya pakai produk ni mula mula pakai ok.. lama lama jadi gelap muka saya. lepas tu stop. dah la mahal tapi tak berkesan. atas jenis kulit sebenarnya.


then, saya berbalik kepada produk Tia. until now. selain Tia, saya mengambil supplement iaitu vitamin c. sebelum ni saya makan vitamin c dari Amway. rm58 sahaja. jadi ahli Amway lagi murah. saya tak tahu berapa sebab saya tak jadi ahli. sekarang saya amalkan vitamin c neem, dari Himalaya.



neem, Himalaya
1 botol: rm44++ 

produk neem tu uolls boleh dapatinya dekat watson or guardiant. produk ni elok untuk maintain healthy skin and hair. termasuk glowing jugak tau. suka la tu.. kalau awak semua ada masalah rambut gugur boleh guna ni. 

facial? saya tetap tak tinggal sampai sekarang. cumanya kalau dulu sebulan sekali. sekarang memandangkan saya belajar kat luar, bila balik cuti sem je baru buat. lepas tu tempat saya buat facial pula kat salon pekan Jelawat. kat sini rm25 untuk treatment. murah sikit kan.  untuk facial, ayah saya bagi peruntukan untuk saya setiap bulan. baik kan daddy saya. xyah daddy daddy la azi. ayah je saya panggil. ayah saya ni walaupun dia lelaki, dia aware dengan muka, badan dan pemakaian saya dengan mak. kami dua je pom pompuan dalam family saya. pemuji dari ayah saya la. pengkritik pom dia jugak. hi3.

oppst, lupa lak. saya guna toner dari Avon. saya suka sangat guna toner ni. saya kena pakai toner setiap hari twice a day. kalau tak pakai rasa incomplete. bagi saya, toner sangat penting selain pencuci muka. dua dua ni lah yang menjadikan kulit muka kita cantik. toner dapat menanggalkan minyak dan kotoran pada kulit. 


 clearskin, blemish clearing, Avon
(elok untuk pimples)
*murah je

sebenarnya, kalau saya bagi tahu produk apa yang saya guna pom tak semestinya produk tu sesuai dengan kulit awak kan? lain orang, lain kulitnya. cadangan saya, guna la produk yang sesuai dengan kulit anda semua. 

ouh ye, untuk makeup, apabila saya menggunakan makeup, saya langsung tidak menggunakan foundation sebagai asas makeup. pernah juga saya cuba guna foundation Maybelline tapi tak sesuai. muka saya berminyak bila pakai. saya hanya menggunakan krim muka sebagai asas makeup. sebab krim muka menampakkan kulit kita bersih dan putih. 

itu sahaja dari saya. sekian. hi3. bhai, as salam. 




2 comments:

Unknown said...

aawwww....!

.::: Princess MOMOY :::. said...

wahh. suka momoy baca entry ni
momoy dah tua baru sibuk nak jaga kulit
hew hew
jemput ke blog