Monday, March 18, 2013

Luahan 'KATA HATI'

assalamualaikum :)

berapa tahun kita hidup? macam macam kita faced kan? perjalanan hidup di atas dunia ini, sungguh bukannya mudah. pelbagai onak dan duri kita kena lalui. 

andai kita tidak kuat, pasti akan tersungkur di tengah jalan. DIA berikan ujian dan dugaan adalah untuk mentarbiah diri dan tanda DIA kasih pada kita agar kita menjadi lebih matang menghadapi hari hari yang mendatang. jangan mengeluh. teruskan langkah walaupun perlahan.

saya dengan family sedang menghadapi ujian. semoga saya dengan keluarga tabah serta sabar menghadapinya. amin3, ya robb..

saya ada mengupdate status di ruangan fb saya berkenaan sedikit apa yang berlaku. ada beberapa orang yang tidak tahu atau curious pasal status itu inbox saya untuk tahu. terima kasih sebab nak tahu. itu tandanya awk care pasal saya. sekali lagi terima kasih. doakan ye terbaik ye. 

saya wanita biasa. just i said, saya wanita biasa. solehahku tidak pasti. bila saya tahu apa yang berlaku kepada salah seorang yang amat saya sayang, jiwa saya jadi tak tentu. saya wanita biasa. saya manusia biasa macam awak semua. jadi kadang kadang saya ada emosi emosi tertentu. 

apa yang saya nak cakap, 'kejayaan orang sebenarnya adalah booster kecemerlangan bagi kita. jangan pulak kejayaan orang menjadi booster kesakitan hati kita'. ini tak, pantang tengok orang senang sikit dengki. kartun betullah. mum ingat orang tu curi duit ke selama ni?! diaorang kerja lah man, kerja keras. siang malam pagi petang. waktu mum enjoy, dia kerja. waktu mum melepak macam ular dia kerja. mum nak, mum buat la macam dia.

as salam.