Monday, March 4, 2013

'SaYa Azi' ke Putrajaya

assalamualaikum :)

2.3.2o13, iaitu semalam, saya dengan 32 pelajar lain dan 2 orang pengiring iaitu Puan Tina, CEO kolej dan Cik Shazani bermusafir dari Perak ke Ekspo Buku Islam di Putrajaya. terdapat banyak buku Islam di sana. rambang mata betul. sangkut juga saya dengan sebuah buku.


'100 Pesanan Terakhir Rasulullah s.a.w'

dalam program semalam terdapat juga beberapa pengisian selain jualan buku iaitu slot yang kami hadiri dari pukul 11.30 pagi hingga 5 petang bersama penulis penulis buku yang terkenal.

antara slot pada hari itu ialah:

1. SEBAR ILMU BERSAMA HILAL ASRAF
2. BEDAH BUKU 'BERSYUKURLAH KERANANYA BERSAMA SYED ALWI AL ATTAS
3. BICARA BUKU 'SIAPA ALLAH DI HATIKU' & 'BUAT BAKAL ISTERI' BERSAMA IBNU RIJAL
4. FORUM-KAHWIN MUDA, BERCINTA SAMPAI SYURGA
5. TEKNIK HAFALAN AL-QURAN KAEDAH JIBRIL BERSAMA USTAZ ASHRAFF AYOB
6. SLOT BERSAMA AR RAUDHAH GLOBAL RESOURCES

lawatan kami ke sana di anjurkan oleh Majlis Mahasiswa Islam (MMI) kolej. terima kasih banyak banyak kepada Puan Tina dan MMI kerana menganjurkan program sebegini. suka sangat!

tentatif program kami semalam:

kami bertolak dari kolej lebih kurang pukul 7.30 pagi. pada pukul berapa entah kami berhenti makan pagi di R&R Tapah dan menunaikan solat dhuha di sana.


dalam toilet R&R Tapah memposingkan diri. bhaha.


nak ke Putrajaya kena lalu tol dulu.

vroomm, vroom, vrooommm...
okei, dah lepas tol. 

lebih kurang 3 jam atau lebih, bas yang kami naiki tiba di Putrajaya. wah.. teruja tengok Putrajaya. nampak sangat saya tak pernah sampai kan. bhaha. 

turun tangga bas kami terus di snap.. 

jejaka jejaka yang join program bersama Puan Tina


girl girl bersama Puan Tina. kami semua baik perempuan mahupun lelaki berpakaian formal ke sana.
 kami bawa nama kolej dan nama MMI kami. so we all have to wear properly attire. 
pakaian kan melambangkan peribadi. 

penat la menaip ni.. bhaha. korang tengok gambar la ye. semua gambar di bawah sebelum, selepas dan semasa slot atau ceramah yang kami hadiri. 











pada pukul 5 petang kami bergerak ke Masjid Tuanku Mizan atau lebih dikenali dengan nama Masjid Besi untuk solat jamak taakhir dan menunggu untuk solat maghrib di situ.


Masjid Tuanku Mizan @ Masjid Besi, Putrajaya.


bas kami berhenti di hadapan Masjid Besi untuk solat


dalam masjid. selepas solat jamak taakhir. menunggu untuk solat maghrib berjemaah.

selesai solat kami bersiap siap untuk bertolak pulang. dalam perjalanan pulang, kami singgah di R&R Sungai Buloh untuk makan malam. 

kat R&R Sg Buloh ada macam macam kedai. antaranya kedai Al-ikhsan, KFC, A&W, kedai kedai makan dan banyak lagi. 

kami di pelawa Puan Tina untuk di belanja. memang suka la kan. Puan Tina pilih kedai sate. 

kami singgah di kedai sate. bukan sate biasa tapi SATE KAJANG. berbeza tau sate kajang dengan sate yang biasa kita makan. sate kajang lebih besar dari sate biasa. harga nya pom lebih besar dari harga biasa. wakaka. 0.70 per/cucuk. sate kajang + air kelapa. yum3..

terima kasih Pn. Tina belanja kami makan.

selesai makan kami bertolak pulang ke Perak. 

alhamdulillah perjalanan kami selama 1 hari selamat pergi dan tiba di kolej. pengalaman yang tak akan di lupakan. bersyukur dengan nikmat peluang dan ruang untuk ke sana lebih lebih lagi bersama kawan kawan kolej dan Pn Tina. sekali lagi ribuan terima kasih kepada Pn Tina dan MMI. sekian.

bhai, as salam.

2 comments:

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

salam ziarah azi...:) kak nik akak apar fadliyana ni:) wah2 jalan sakan ye deme2....hehehe

azi said...

wslm.. hi3.. tau da k. nik. kte da follow blog k.nik. 2la, bes k.nik.. bes..