assalamualaikum
w.b.t :)
Oit.
Berbulan bulan tidak menghadirkan diri di ruangan ini. Bukan tiada cerita untuk
diceritakan tapi baaaaaannnnnyak cerita yang ingin diceritakan untuk tatapan
saya sendiri sebagai diari dan perkongsian dengan orang orang yang ingin
membacanya. Tapi disebabkan masa yang agak terhad untuk mencoret di sini
terpaksa lah saya akur. *skema punya ayat.
Baiklah
baiklah. Saya nak ceritakan tentang praktikal. Wah! dah praktikal. Tak lama je
lagi nak habis belajar dah. Pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke 4 saya
praktikal di sekolah SMK JATI, IPOH.
So far
praktikal di sana Alhamdulillah.. Wajah pertama saya jumpa apabila saya
menjejak kaki di sekolah itu ialah Pn Hajah Halijah (Pengetua SMK Jati) ,
kemudian PK Kanan, Pk Ko dan Pk HEM. Setelah itu berkenalan dengan guru guru
SMK Jati. Pelajar pelajarnya pulak uh3.. bagus sangat. Budaya mereka memberi
salam lebih mudah untuk saya dengan kawan yang sama sama di tempatkan di
sekolah itu bermesra dan mendekati mereka.
Di sini
nak cerita lagi. Maknanya cerita dalam cerita. Mulanya saya di tempatkan di
sekolah lain iaitu di SMK Kledang. Kawan, Anis di SMK Buntong. Tapi masing
masing tidak mahu ke sana atas sebab sebab tertentu.
Setelah
itu kami masing masing ikhtiar untuk mencari sekolah lain. Kemudian saya dapat
SMK Tanjung Rambutan. Tapi saya tolak.. sebab? Jauh dari rumah. Masa minta
ingat nak sewa rumah area sana. Tapi bila kawan cakap dah jumpa rumah sewa yang
sekarang ambik jela. Jadi terpaksa cancelkan sekolah tu. Kemudian saya dapat
SMK Megat Khas dan saya tolak lagi.. sebab? Kawan call SMK Jati minta untuk
saya sekali. Masa tu di pagi yang indah Anis telefon cakap dapat SMK
Jati. Pengetua SMK Jati membenarkan kami berdua buat praktikal di sana.
Alhamdulillah.. selesai.
Pada
10.6.2013 saya dengan kawan pergi mendaftarkan diri di sekolah tersebut. Malam
sebelum ke sekolah perasaan bercampur baur. Takut, malu, gelisah dan segala
makneka perasaan yang tak selesa hadir. Tidur tak lena. Mandi tak basah. Makan
tak kenyang.
Akhirnya
10.6.2013 kami mendaftarkan diri. Dengan itu maka kami sah berkhidmat sebagai
guru praktikal kaunseling di SMK Jati selama 4 bulan. Selesai berjumpa pihak
atasan sekolah tersebut semua perasaan yang tak selesa hilang.. dah mampu
senyum. Perut mula kelaparan..
Saya
berhenti setakat ini dahulu tentang kisah praktikal. Nak berbuka puasa. Akan
bersambung kemudian ;)
Selamat
berbuka puasa azi.. :D
No comments:
Post a Comment