Friday, July 12, 2013

Jadikan Aku Seorang yang Sabar

assalamualaikum w.b.t :)

puasa ke 3. berbuka tadi dengan menu yang sederhana iaitu ikan aya (kelantan) atau ikan tongkol dengan acar buah dan air epal.  

seperti 2 tahun yang sudah saya berpuasa jauh dari keluarga. sekarang tahun ke 3. tahun terakhir pengajian. 3,4 hari sebelum raya baru boleh berpuasa bersama keluarga. sob3..

walaubagaimanapun, puasa tetap kena puasa. kan kan.  lepas puasa raya.. 

cerita pasal raya. sebulan yang lepas lagi bila keluar dengan kawan ke mall yang selalu pergi pelbagai koleksi pakaian raya, biskut raya dan perhiasan lain sudah di jual. wah! kemain lagi ye. puasa pun belum masa tu. tapi itu bagus lah. cara mereka untuk tarik pelanggan beli awal awal. sehinggakan saya pun nak terrrrbeli juga. tapi disebabkan tahap keimanan yang tinggi ku mampu atasinya.  ewah3.. tak ada la. saja buat lawak. tak lawak sudah. 

sebak dalam hati kottt masa tengok barang raya semua tu..

biasa sebulan sebelum puasa yang paling sibuk ialah mak. dia lah mak saya yang setiap tahun akan ajak ayah dan sudah tentunya saya untuk beli kain sebab saya agak cerewet dalam memilih kain untuk buat baju. tempat kami biasa pergi iaitu Kamdar. setiap tahun keluarga saya ada tema untuk pakaian raya. tema hitam, coklat, biru laut, merah dan hijau untuk tahun tahun yang sudah. tahun lepas pulak warna pink. tahun ini hajat mak nak warna grey. mak saya dah siap beli kain awal tahun ni untuk kami 4 beradik dan untuk dia dengan ayah warna yang sama. kebetulan masa tu dia nak pergi beli kain untuk baju kenduri.

tapi.. kain semua tu disimpan.. tak jahit. tak sempat jahit. kenapa? bagi yang tahu dia tahu lah. doakan untuk kesejahteraan keluarga saya. 

mood raya tahun ni terus terang cakap tak ada langsung. menghitung hari je nak balik kampung nak jumpa mak ayah. saya ada minta dengan mak beberapa kali untuk tangguh belajar sem ini tapi mak tak bagi. kalau boleh nak stay kat sisi mak ayah tak nak pergi jauh dari mereka. nak jaga mereka habis mampu sampai mati. 

mereka segala segalanya. saya tak mampu kalau mereka tak ada. Ya Allah.. panjangkan umur mak ayah. sembuhkan mak. kabulkan doa dan impian mak ayah. jadikan mak ayah ku orang yang sabar dalam menghadapi ujian. kabulkan doa ku kepada mereka. amin!

sabar dan ikhlas dalam menerima ujian. mesti ada hikmah kan. saya kena kuat. diuji dengan ujian kepayahan sangat sukar untuk dihadapi tapi kalau saya tak kuat saya tak boleh bantu mak saya. emosi seorang yang sedang sakit sememangnya tidak stabil dan tidak menentu..

ujian sakit adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. yang mempunyai maksud tertentu.

semoga saya dan keluarga dikuatkan iman dan kesabaran dalam menghadapinya, amin!

sayangi mak ayah awak. saya tahu semua anak sayangkan mak ayah dia. cuma sesetengah anak tak tunjuk. seeloknya tunjuklah. salam tangan, cium pipi mereka, peluk mereka dan jangan lupa call atau jenguk mereka bagi yang duduk jauh. 1 lagi doakan kesejahteraan mak ayah kita. 

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


1 comment:

Unknown said...

Amin2...jgn putus doa azi sbb ingt jnji Allah itu pasti ada bt kita.
Dia mnguji kita sbb dia tau kita manusia yg pling sbaq utk diuji..
we're alwys b ur side..dear.