Thursday, July 11, 2013

Wishing all Muslim friends " Selamat Meyambut Bulan Puasa " .. 2013

assalamualaikum w.b.t :)

wishing all muslim friends " Selamat Meyambut Bulan Puasa " ..

mulanya puasa pada 10.7.2013. hari ini merupakan hari ke 2 puasa. saya nak kongsikan beberapa sangkaan tentang puasa di mana ramai sangka itu tak boleh buat, ini tak boleh buat termasuk lah saya. 

Beberapa sangkaan tentang puasa:

Mandi Masa Puasa
Antaranya, anggapan bahawa mandi ataupun basuh kepala apabila terlalu keletihan mengurangkan pahala puasa. Ada pula yang bertegas semasa puasa mandi selepas asar makruh. Ini tidak disokong oleh riwayat yang menunjukkan Nabi s.a.w mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika berpuasa kerana terlalu panas ataupun dahaga. Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:
“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

Memasukkan Ke Rongga
Antara anggapan lain ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut, sekalipun bukan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah. Ada yang melarang bercelak kerana bimbang masuk ke dalam rongga. Pegangan ini asalkan berasas riwayat kenyataan Ibn ‘Abbas:
“Membatalkan puasa itu apa yang masuk, bukan apa yang keluar” (riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih).

jadi, kumur, korek hidung atau telinga, titik ubat mata dan sapu ubat semua itu tidak membatalkan puasa.

bersugi (gosok gigi) digalakkan untuk elak mulut busuk termasuk masa puasa. tidak makruh. larangan bersugi masa puasa tak sahih.