Friday, December 27, 2013

Tak ada Tajuk /

assalamualaikum (:

err, sorry tentang tajuk tu. saya tak tahu nak letak tajuk apa untuk entri blog ni. hehe. 

dah lama rasanya tak tekan button 'new post' dekat blog ni. semenjak duamenjak ni. setiap kali saya online, saya akan fikir, apa saya nak buat. FB, fikir nk tengok apa. bukan ada apa-apa pun saya nak tengok dlm fb tu. bukak blog je, jari akan berhenti dengan sendiri daripada menaip. "apa nak taip ?" :/ sedih betul tengok diri mcm orang tak tahu apa ni -.-

macam ni lah, senang saya cerita macam mana keadaan saya sejak kebelakangan ni. hmm. 

yg pertama, saya jarang online sekarang. kalau online pun skjp2 je, tak pernah online berjam-jam mcm dulu. kalau dulu, nak online je mesti muka excited nak update blog lah hapa lah. mungkin sebab line internet slow sangat kot, saya sendiri pun fed up kadang-kadang nak tengok loading ni lah loading tu lah. aish...

yg kedua, emm saya rindu sekarang ni. rindu mak ayah dan adik-adik. bila cuti tak buat apa apa kan mesti rindu. kalau nk keluar pun, saya bukan jenis selalu keluar sangat. dengan kawan kawan pun jarang. bukan menyombong, macam tak bersosial langsung kan ? :/ mungkin salah satu sebabnya selalu keluar dengan mak ayah je. dan mungkin salah satu sebab yg lain, saya memang malas nak keluar lepak ke, tengok wayang ke, main boling ke. itu bukan saya. aktiviti aktiviti keluar saya lakukan dengan family sahaja. itupun kalau dorang ajak lah, kalau tak duduk rumah je lah (: tapi mcm tu lah.


yg ketiga, saya ada hobi baru. baca novel. saya lebih prefer, duduk dan baca novel. saya baru je lepas beli novel baru pagi tadi, malam tadi dalam pukul 10 saya dah habis baca (: ouh, 
siapa sebut nama saya tadi ?! tiba2 td pukul 10 lebih mcm tu, saya tersedak :/ terkejut tiba2 tersedak ni kenapa plaaaakk.

yg keempat pula, saya bekerja. bekerja part-time as a 'barista' mc cafe di mc donald’s memandangkan kelas saya hanya 1x sahaja seminggu. 



contoh pakaian 'barista'

sumber gambar: google


ruangan kerja mc cafe

sejak kerja rutin harian saya dah berubah. saya tak tahu apa kena dengan saya. saya malas nak kemas bilik lah, malas basuh baju, malas nak buat ni buat tu. saya rasa nak duduk rumah makan, tidur dan menambah lemak. haha. 

hmm, saya rasa kalau saya terus bercerita apa saya rasa ni, mungkin lama lama org pun bosan nk baca. hehe. tak pe lah, as salam..

Thursday, November 14, 2013

Hello Readers :)

assalamualaikum w.b.t J

memandangkan kelas 1 hari sahaja seminggu, sekarang saya berada di rumah je membuat thesis. dah 3 minggu. kelas kadang kadang pergi kadang kadang tak. hi.. bestnya cuti kan, dapat bangun lambat, golek golek tak payah pergi kelas. ihiks.

saya seorang manusia yang memboringkan. saya tak suka tengok tv, saya malas nak keluar rumah (kecuali shopping), malas nak bergaul. jadi sewaktu cuti biasanya saya ada je kat rumah makan tidur. ada la pergi dekat dekat contohnya dengan mak pergi makan dekat Pantai Irama, pasar malam dan jenguk tok. saya pun asyik kawan dengan orang yang sama sebab dah selesa kan, susah senang bersama. so malas nak fikir banyak. 

sejak cuti buatan sendiri ni banyak lah sikit shopping online. rajinlah menunggu abang pos laju hantar barang. saya pengguna setia kedai online. hi.. tapi bila berduit jela setia. bhaha.

bila dah masuk topik jual beli or pengguna ni saya nak cakap pasal hak pengguna sikit *muka serius*. hak pengguna tu penting tahu tak. kita sebagai pengguna patut tahu hak kita. kadang kadang kita sebagai pengguna boleh kena tipu. contohnya kita beli barang tiba tiba kita tengok rosak. bila nak pergi tukar tak boleh. haa, geram kannnn. so, we should aware dengan benda benda macam ni.

pernah kita ambil tahu hak hak kita sebagai pengguna? haa, kita ada 8 hak pengguna.

1. Hak utk mendapat keperluan asas
2. Hak utk dpt barang dan perkhidmatan yg selamat
3. Hak utk mendapat maklumat
4. Hak utk membuat pilihan
5. Hak utk menyuarakan pendapat
6. Hak utk dpt ganti rugi 
7. Hak utk mendapat pendidikan pengguna
8. Hak utk hidup dlm alam sekitar yg sihat dan selamat


saya ex student yang mengambil subjek Pengajian Perniagaan mesti la kena tahu. kalau tidak bernanah hati cikgu yang mengajar saya.

sebelum terlupa, jangan lupa jengah fb ‘Tudung N.S’. anda bawalovers?? i’m bawalovers.


bobai. as salam...

Friday, October 25, 2013

Bawal Glitter Murah Sangat !

assalamualaikum :)

BAWAL GLITTER RM21 SHJ!! harga jualan on9 lain rm25..

tapi dengan saya hanya rm21. ye, rm21 shj.. tidak termasuk postage



nak order ? :D

** sesiapa yang berminat, boleh emel saya di (nur.shazira@ymail.com)
or pm page saya 'Tudung N.S'

p/s: harga postage akan dikenakan. RM6 (semenanjung), RM10 (sabah & sarawak)


Monday, October 14, 2013

Luahan Di Pagi Hari

assalamualaikum w.b.t J

pejam celik pejam celik saya dah nak habis belajar.. tempoh pangajian saya lebih kurang 3 tahun lebih. sekarang saya berada di sem terakhir. sem untuk buat thesis. in sha Allah bulan 1 tahun depan saya bakal menamatkan ijazah saya dalam bidang kaunseling.

macam saya katakan tadi sem ni saya kena buat thesis. so memerlukan internet la tapi tergendala disebabkan hal yang remeh temeh iaitu internet slow :( bila saya balik rumah, broadband dah sampai limit. kalau guna pun memang sloooww je. rasa nak ambik modem broadband ni baling kena dinding pastu pijak pijak. geram menooooo. 

opst! teremo di situ. huahaha.. since last few months, saya ada praktikal @ bahasa omputihnya intern di SMK Jati. ceritanya mengenainya saya dah update di entry sebelum ini.

sepanjang 3 tahun lebih pengajian sudah tentu pelbagai kenangan saya lalui sama ada manis ataupun pahit. pengalaman saya naik turun tangga pergi kelas, berbaju kurung (ayu gitewww) jarang berseluar panjang, a lot of assignments, presentation, test dan final exam. mana nak dapat semua ini melainkan kalau kita belajar.

di kesempatan ini memandangkan juga esok Hari Raya Aidiladha saya minta maaf banyak banyak kepada mana mana pihak yang terasa hati, pancreas dan pinggang seandainya kata kata dan perbuatan saya sepanjang bersama sama mencari ilmu yang kurang menyenangkan. sesungguhnya saya tak merelakan semua ini terjadi. Sob sob (-_-).

apabila seseorang yang dikenali buat perangai huduh dengan kita, cubalah ingat balik kebaikan kebaikan yang mereka pernah buat dahulu untuk kita - jerih payahnya untuk buat lawak supaya kita yang sedih untuk gelak, dan setiap pengorbanan-pengorbanan comel yang mereka lakukan untuk kita sepanjang perkenalan umpama menemani kita yang kelaparan keluar makan jalan kaki walaupun pukul 1 pagi ataupun menolong kita ketika susah. nescaya, kita akan lebih senang memaafkannya. untuk kawan kawan maya pula, semoga kita berjumpa di akhirat dengan kosong kosong. selamat hari raya aidiladha esok ye.

tataa. as salam..






Thursday, October 3, 2013

Kisah Praktikal Part 3 - Last

assalamualaikum w.b.t :)

entri ini seperti yang dimaklumkan dalam entri sebelum ini untuk update entri terakhir praktikal..

4 bulan praktikal akhirnya selesai. bermulanya praktikal pada 10.6.2013 sehingga 27.9.2013 akhirnya berakhir.

saya sedang dalam mood rajin sekarang jadi saya pun usaha update entri cepat cepat sebelum level kerajinan saya makin berkurang.

sekolah tempat saya praktikal



SMK Jati, Ipoh, Perak (pintu belakang)
pintu mula mula kami masuk pada hari pertama



dewan utama sekolah
'Dewan Jati Bestari'

pembinaan bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Jati bermula pada 1 September 1999. sekolah ini terletak di atas sebuah bukit yang dikelilingi kawasan perumahan seperti Taman Jati, Taman Meru 2B, Taman Meru 2C, Taman Meru Jaya dan Bandar Meru Raya. sebelah sekolah ini pula ialah Sekolah Kebangsaan Jati. 

pada tahun 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Jati telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah yang mempunyai kelas Rancangan Khas. kelas ini terdiri daripada tingkatan 1, 2 dan 3.


kami berdua guru praktikal Kaunseling SMK Jati


    

fail praktikal saya


sebahagian daripada bilik kaunseling

pelbagai kenangan saya peroleh sepanjang berada di SMK Jati. contohnya bila bersama sama warga sekolah dalam pelbagai program dan aktiviti yang diadakan. 

secara peribadi, guru guru di sekolah itu sangat baik dengan kami. begitu juga dengan pelajar pelajarnya. ada sesetengah kumpulan pelajar yang rapat dengan kami. yang paling saya terkesan adalah apabila sekumpulan pelajar lelaki sanggup datang walaupun hujan ke rumah kami untuk ajak kami keluar makan dan belanja makan. 2 orang pelajar form 1 kelas Rancangan Khas yang rapat dengan saya menangis bila saya hampir nak keluar. sob3...

terima kasih yang tak terhingga kepada mentor kami iaitu Pn. Nor Shahreen kerana tak putus putus membimbing kami dari segi program, kelas ganti dan banyak lagi walaupun beliau sibuk. walaupun beliau sangat sibuk dengan kerjanya beliau tak pernah suruh kami buat kerja beliau. beliau juga selalu 'back up' kami apabila banyak kelas yang perlu di ganti, ataupun ada cikgu yang memberi kerja tak sepatutnya kepada kami dan juga apabila bertemu pengetua. beliau seorang cr. Cr Pn. Nor Shahreen yang profesional dalam bidangnya.



hari last bersamanya 

selain itu terima kasih kepada pengetua. tanpa keizinan pengetua ke sekolah itu, kami tak akan ada dapat berjumpa dan bersama sama insan yang baik seperti warga SMK Jati. terima kasih kepada pengetua SMK Jati, Pn. Hjh Halijah. 

bila tiba nak hantar laporan akhir praktikum, so semua kena siap cepat, kena submit sebelum deadline. aish.. asyik nak mengamuk je.. sikit-sikit membebel… semua tu saya tempuhi keseorangan dalam bilik. membebel sorang sorang dalam bilik. bila tension sangat saya tidur. pastu makan. pastu ajak anis (kawan pelbagai fungsi) keluar shopping.

kami semua ingatkan kami akan diberi tempoh seminggu selepas praktikal untuk hantar laporan akhir tapi kami diberi sehingga tarikh akhir praktikal iaitu 27.9.2013. masa tu omg... ini tak adil! sebabnya senior sebelum ni diberi masa seminggu untuk siapkan laporan akhir. 

adil ke tak adil kena buat jugak. ok, fine, saya buat.

dengan itu terkejar kejar la saya dan yang lain menyiapkan laporan akhir. 


fail laporan akhir praktikum
warna hijau untuk degree. manakala diploma dan master warna lain pulak



sambil buat kerja sambil makan

saya sebenarnya jenis yang agak perfectionist dalam membuat kerja. jadi bila last minute hantar macam adoi3.. tawakal jela.

setelah berhari hari tak cukup tidur dan tak lena tidur buat report akhir, akhirnya siap jua. alhamdulillah...

terima kasih banyak banyak kepada semua yang membantu kami praktikal ni secara langsung dan tak langsung. In sha Allah ada rezeki, saya dan anis akan berjumpa mana mana warga SMK Jati, Ipoh, Perak. kamu semua memang terbaiklah!

bhai. as salam..






Wednesday, September 18, 2013

3 Hari di Kampung Anis

assalamualaikum :)

pada suatu hari yang hening,
anis telah mengajak saya balik kampung barunya berserta rumah barunya di Kg. Permatang Raja, Perak. sebelum ni rumahnya di Kampung Kota, Beruas, Perak. 

dalam perjalanan ke rumah anis saya boleh jamu mata dengan dapat melihat UTP (Universiti Teknologi Petronas) dan UiTM Sri Iskandar. lepas tu.................... melalui jalan kelapa sawit.

sesungguhnye jalan untuk ke rumah anis yang hampir 2 jam itu mencabar dan berliku liku dengan kelapa sawitnya. ditambah pula dengan suasana jalan yang lenggang dan agak suram.  

skill memandu anis diuji dengan perjalanan yang agak pancaroba (hiperbola betul). saya di sebelahnya makin lama makin mengantuk. pastu.. zzzzz... eh, takla sampai tidur. tapi serius mengantuk gila wei.

saya gembira dapat spend weekend dan cuti Hari Malaysia selama 3 hari kat rumah anis.
sebab rumah dia cantik, toilet bersih, tilam yang empuk dan banyak makanan. ha3... 3 hari saya duduk situ memang terlebih kenyang. sepanjang masa makan. saya datang datang je mak anis bagi makan pelbagai kuih dan nasi. lepas tu malam dapat makan pulak.

pastu the next day, awal awal pagi lagi pukul 7.30 temankan anis, mak anis (saya panggil Mak Cik) dan Wahidah (adik anis) pergi pasar beli lauk dan sayur untuk masak. kemudian saya keluar pergi bandar Manjung dan singgah Giant. macam macam mall ada kat Manjung. selain Giant ada Tesco dan Aeon. 

kemudian, balik dari Manjung saya pergi rumah Mak Ngah dan Mak Chu anis bertentang mata sebab rumah anis depan rumah mereka. sebelum ni dah pernah pergi rumah mereka. sekali lagi saya dapat makan bubur jagung dan nasi lemak. sedap sedap. best gila.. pastu makcik buat cucur bawang. saya makan banyak sedap sedap!! thanks makcik~ hee. anis telah buatkan saya air hijau mirinda (bantai je nama air sebab taktahu). sedap sungguh!! 

lepas tu pulak saya dengan keluarga anis pergi rumah mak ngah sebab ada masak masak untuk di hantar ke surau sempena sepupu anis nak pergi melanjutkan pelajaran. ha, makan lagi. esok paginya sebelum balik Ipoh mak cik buatkan kuih lopes dengan masak nasi pelbagai lauk. mak ngah anis pulak bagi roti jala. sedap sedap!! heaven betul.

terima kasih anis sebab bagi aku tidur atas katil ko yang empuk! malam tu saya tidur dengan anis setelah hampir 4 bulan kami lain bilik memandangkan pindah rumah sewa baru.. 

hee saya sebagai pencinta makanan berasa gembira kerana sepanjang weekend dapat makan makanan yang sedap sedap secara gratissss!

terima kasih kepada keluarga anis.







Tuesday, July 23, 2013

I'm Officially 23 Years Old :)

assalamualaikum w.b.t :)

semalam iaitu 22 julai merupakan hari lahir saya yang ke 23. omg..! 23 suda.. hee ~

terima kasih di atas ucapan ucapan sempena ulang tahun kelahiran saya yang diberikan oleh nabila, anis, tasha, diana, adda, aklima, mak sedara di n.9 iaitu m.dek, sepupu sepupu yang sporting iaitu shazila, along dan abe sham, kawan kawan 1 batch di kolej dan kawan kawan yang lain. sayang semua <3

alhamdulillah, saya masih lagi dihidupkan oleh Allah Taala sehingga ke usia ini, pada saat ini dan menyampaikan umur saya pada bulan Ramadhan kali ini.

overall, I received around 40 which birthday wishes posted on my timeline, PM kat my fb, messages birthday di phone dan di WhatsApp. tenQ so much untuk kawan kawan yang wish birthday.. 

seronok sangat sebab ada kawan kawan yang masih ingat. saya tidak letak tarikh birthday saya di fb. sebab bagi saya daripada dulu lagi maklumat seperti itu dan sesetengah yang lain lagi perlu di ketahui oleh orang yang rapat atau berkawan atau pernah berkawan dengan saya sahaja. bila orang tanya pun errkk.. susah nak jawab. kalau jawab 'biar la, tak penting pun' tak pun 'hang cari sendiri. baru mencabar' ha3.. *statement mintak penampar je kan. ha3.. 

btw, sayang kamoo semua :