assalamualaikum
w.b.t :)
puasa
ke 3. berbuka tadi dengan menu yang sederhana iaitu ikan aya (kelantan) atau
ikan tongkol dengan acar buah dan air epal.
seperti
2 tahun yang sudah saya berpuasa jauh dari keluarga. sekarang tahun ke 3. tahun
terakhir pengajian. 3,4 hari sebelum raya baru boleh berpuasa bersama keluarga.
sob3..
walaubagaimanapun,
puasa tetap kena puasa. kan kan. lepas puasa raya..
cerita
pasal raya. sebulan yang lepas lagi bila keluar dengan kawan ke mall yang
selalu pergi pelbagai koleksi pakaian raya, biskut raya dan perhiasan lain
sudah di jual. wah! kemain lagi ye. puasa pun belum masa tu. tapi itu bagus
lah. cara mereka untuk tarik pelanggan beli awal awal. sehinggakan saya pun nak
terrrrbeli juga. tapi disebabkan tahap keimanan yang tinggi ku mampu atasinya.
ewah3.. tak ada la. saja buat lawak. tak lawak sudah.
sebak
dalam hati kottt masa tengok barang raya semua tu..
biasa
sebulan sebelum puasa yang paling sibuk ialah mak. dia lah mak saya yang setiap
tahun akan ajak ayah dan sudah tentunya saya untuk beli kain sebab saya agak
cerewet dalam memilih kain untuk buat baju. tempat kami biasa pergi iaitu
Kamdar. setiap tahun keluarga saya ada tema untuk pakaian raya. tema hitam,
coklat, biru laut, merah dan hijau untuk tahun tahun yang sudah. tahun lepas
pulak warna pink. tahun ini hajat mak nak warna grey. mak saya dah siap beli
kain awal tahun ni untuk kami 4 beradik dan untuk dia dengan ayah warna yang
sama. kebetulan masa tu dia nak pergi beli kain untuk baju kenduri.
tapi..
kain semua tu disimpan.. tak jahit. tak sempat jahit. kenapa? bagi yang tahu
dia tahu lah. doakan untuk kesejahteraan keluarga saya.
mood
raya tahun ni terus terang cakap tak ada langsung. menghitung hari je nak balik
kampung nak jumpa mak ayah. saya ada minta dengan mak beberapa kali untuk
tangguh belajar sem ini tapi mak tak bagi. kalau boleh nak stay kat sisi mak
ayah tak nak pergi jauh dari mereka. nak jaga mereka habis mampu sampai mati.
mereka
segala segalanya. saya tak mampu kalau mereka tak ada. Ya Allah.. panjangkan
umur mak ayah. sembuhkan mak. kabulkan doa dan impian mak ayah. jadikan mak
ayah ku orang yang sabar dalam menghadapi ujian. kabulkan doa ku kepada mereka.
amin!
sabar
dan ikhlas dalam menerima ujian. mesti ada hikmah kan. saya kena kuat. diuji
dengan ujian kepayahan sangat sukar untuk dihadapi tapi kalau saya tak kuat
saya tak boleh bantu mak saya. emosi
seorang yang sedang sakit sememangnya tidak stabil dan tidak menentu..
ujian
sakit adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik.
ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. yang mempunyai maksud
tertentu.
semoga
saya dan keluarga dikuatkan iman dan kesabaran dalam menghadapinya, amin!
sayangi
mak ayah awak. saya tahu semua anak sayangkan mak ayah dia. cuma sesetengah
anak tak tunjuk. seeloknya tunjuklah. salam tangan, cium pipi mereka, peluk
mereka dan jangan lupa call atau jenguk mereka bagi yang duduk jauh. 1 lagi
doakan kesejahteraan mak ayah kita.
1 comment:
Amin2...jgn putus doa azi sbb ingt jnji Allah itu pasti ada bt kita.
Dia mnguji kita sbb dia tau kita manusia yg pling sbaq utk diuji..
we're alwys b ur side..dear.
Post a Comment