Friday, July 5, 2013

Kisah Praktikal Part 2

assalamualaikum w.b.t :)

Minggu ini masuk minggu ke 4 saya praktikal. Banyak jugak pengalaman yang saya peroleh sepanjang 4 minggu.

Antaranya pengalaman membantu guru pembimbing (mentor) iaitu Pn. Nor Shahreen dalam mengendalikan ceramah teknik menjawab untuk pelajar pelajar SPM dari segi PA System dan menjadi emcee @ pengacara majlis untuk beberapa ceramah lain seperti Ceramah Kerjaya Industri Petroleum dan Cari Gali, Ceramah Motivasi Pendidikan dan Kerjaya dalam Bidang Kemahiran dan Ceramah Kerjaya Profesion Perguruan sempena minggu kerjaya serta membantu guru guru rumah sukan sehingga balik lewat petang antara pukul 5 ke 6 petang.  Selain itu sibuk dengan sesi kaunseling sama ada individu atau kelompok.  Fuh! Penat.. (sambil lap peluh).

Sepanjang 4 minggu saya praktikal, saya tak ingat makan dan nak mimpi tidur pun tak takdan. Betapa lenanya tidur malam dan betapa cepatnya pukul 5.30 pagi. Seawal 5.30 pagi setiap hari saya bangun untuk bersiap siap ke sekolah dan 3.30 petang setiap hari kami baru boleh balik untuk mencukupkan 500 jam untuk praktikal. 3.30 petang paling awal kami boleh balik. Kalau tidak pukul 5-6 petang balik rumah.

Apabila saya praktikal di sekolah saya sedar tugas sebagai pendidik @ warga guru bukanlah senang. Tugas yang dilakukan oleh warga guru adalah tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru pelajar-pelajarnya ke arah kebaikan. 

Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw:


من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان



kenangan bersama guru praktikal dari UPSI
(dari kiri Kak Laili, subjek seni dan Kak Azura, subjek perdagangan) 

tenQ sebab baca entry ini. In sha Allah akan bersambung pula untuk part 3 apabila tamat praktikal. Nantikan..

as salam


3 comments:

Unknown said...

hehe2...syok betul akak bca blog ang...hehe2...yg tgh tu ckgu prac gak ka..akak smpt jmpa kak laili yg tdung merh tu ja

Unknown said...

dear...akak xprnh nmpk pun yg tgh tu..dia dh kuar sblm akak msuk ke??
akak buka blog ang tetiba kuar lgu nasyid...trkedu n sebak..lgu apa tu ya...ya Allah..tenang jiwa kot..

azi said...

toce2 kak. tp lebar la kan. ha3.. yup2. dorg 2 keluar masa kak finaz smpi skola 2.. zikir apa ntah.. lm da 2 xtkr2 sbb bez dgr. hik3.. nti kte tgk blk.